22 Disember 2010

Mesilau Waterfall

Perihal mengambil foto yang menampilkan impak sebegini, semestinya memerlukan beberapa kemahiran dan ketelitian. Pertama apa yang diperlukan ialah peralatan selain kamera. Antaranya ialah tripod, remote control, dan jikalau perlu turut menggunakan bantuan flash. Kemudian tentukan mission atau apakah yang hendak kita gambar. Hal ini termasuklah kepelbagaian sudut yang menarik dan sebagainya. Merujuk kepada foto rakan photographer saya  iaitu sedara Yusril Gani di bawah ini, saya tertarik dengan impak warna yang beliau tampilkan dengan menggunakan Style HDR. Selain itu semestinya kejayaan beliau menampilkan kesan air yang lembut dan halus, memang cantik dilihat. Syabas dan teruskan berkarya buat sedara Yusril. Mungkin disuatu masa kelak, seorang model yang tengah mengambil air sembahyang atau anak-anak sedang mandi manda akan menjadi penghias kekemasan foto ini.
 
Foto 1

Foto 2










In The Bag Yusril Gani
Canon EOS 40D
Canon 18-55mm IS
Flash Nissin DI622 Speedlite

3 ulasan:

CathJ berkata...

uh.. menawan hati... tak de tutorial ke mcm mana nak dpt effect serupa? ^_^

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak atas kesudian memaparkan gambar berkenaan dalam blog ini bagi perkongsian bersama.

Foto ini merupakan satu percubaan menggabungkan teknik slow shutter + HDR...beberapa keping foto telah diambil dengan exposure time yg berlainan dan kemudiannya digabungkan menggunakan perisian photomatix.

~yusril~

Eric berkata...

love it.....