17 Februari 2011

Majalah Kamera Kegemaran Anda

Sebagai peminat dunia fotografi, semestinya kita mempunyai sumber atau bahan untuk dijadikan rujukan dan inspirasi. Begitu juga halnya dengan saya yang turut meminati dunia seni yang mengkagumkan ini. Untuk itu sama ada secara terpaksa, paksa rela, sukarela, mahu tidak mahu saya akan pastikan beberapa koleksi majalah yang berkaitan dengan fotografi dimiliki secara bulanan. Jika majalah-majalah tersebut tidak diperolehi dan diterlah, ini membuatkan saya rasa tidak kena, rasa ketinggalan dan yang penting mungkin ilmu tidak up to date. Sebagai perkongsiaan bersama dengan membaca majalah-majalah fotografi ini, akan menambahkan lagi pengalaman, pemikiran di luar kotak, mendalami skill, membuat perbandingan style dan mengetahui kepelbagaian aksesori terkini. Tetapi mungkin kita menghadapi masalah dari segi harga majalah-majalah ini, terutamanya majalah fotografi yang bulat-bulat datangnya dari overseas, sudah pasti harganya mahal sehingga mencecah harga RM50, 60 dan 70. Tetapi kini mungkin kita punya pilihan apabila majalah-majalah fotografi atau yang berkaitan dengan kamera yang asalnya dari overseas telah di Malaysiakan dan harganya pun amat berbaloi-baloi. Berikut adalah beberapa koleksi majalah kamera yang menjadi koleksi bulanan saya.


Foto 1 Digital Camera Digital Magazine RM11.50(Sabah)


Foto 2 Digital SLR Photography  RM11.00(Sabah)

 Isu akan datang saya telah membuat review secara detail berkenaan kedua-dua majalah ini dan akan menemui rakan-rakan photography sekalian sebagai perkongsiaan bersama.

2 ulasan:

Fane Davis berkata...

thanks for sharing.benda macam ini sangat berguna untuk saya neh..tapi selalunya ada dijual di mana nehh??

putrasharif@gmail.com berkata...

Hai FD...Tq so much entri komen awak tu..n sya saja berkongsi info sekadar yg sya tahu