Untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan terkini pelbagai isu, skill, style, tips,teknik, dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia foto, saya turut membaca, menyelidik, mencuba dan memahami setiap apa yang terkandung di dalam majalah di bawah ini.
Bagi saya untuk menjadi seorang photographer yang baik perlulah sentiasa memperbaiki dan memajukan diri setiap masa. Kalau tidak sudah pastinya akan ketinggalan di belakang. Untuk itu saya kena berbelanja RM50-100 sebulan untuk memiliki majalah-majalah seperti ini, yang sakitnya jika majalah tersebut bulat-bulat datangnya dari luar negara seperti UK dan sebagainya. Tetapi mujurlah majalah seperti Digital Camera Magazine dan Digital SLR Photography telah di Malaysiakan dan harganya dalam lingkungan RM10-12 senaskah. Jika bercerita pasal buku photography pula, memang pening jugalah dibuatnya, manakan tidak harga sebuah buku berharga sekitar RM100-150, tetapi terpulanglah kepada diri masing-masing, tepuk dada tanya diri sendiri". Berikut beberapa koleksi majalah yang saya langgan setiap bulan dan saya sarankan kepada rakan-rakan yang meminati dan baru hendak berkecimpung ke dunia photography silakanlah membaca majalah ini. Sekian sekadar perkongsiaan bersama.
Bacaan wajib 1st
Bacaan wajib 2nd
Bacaan wajin 3rd
8 ulasan:
aku ske baca photo plus....:) walaupun tu khas utk canon... tp byk teknik n skill2..
saya dah beli kedua buah majalah 1 dan 2 tu...berguna untuk menambahkan ilmu photography ..
Wow photo plus..new info ni, ti sya cari..tq bro Ansibin
Tq bro Cayril..ti tlg bg info dng saya, apa lg bahan n rujukan best utk photographer
usually sy dptkan dari member.. photo plus ni ada gak versi e-book.
oh saya pun perlu dapatkan yg terbaru..xbeli lagi utk bulan nie..
selalu beli gak..tapi jarang baca habis..hehe
dah add blog ni kt my photoblog
http://fotonaman.blogspot.com/
Teratakindah...tq sudi kongsi idea dng saya..n sya nantikan perkongsiaan idea dlm blog sedara
Catat Ulasan