Kesempatan kali ini membuatkan saya berjaya mempotret subjek yang jarang sekali berpeluang seperti kali ini. Namum kesempatan tersebut hanyalah kira-kira 30 saat dan bukannya 30 minit. Bagaimanapun hasil foto tidaklah mengecewakan sangat. Satu kesilapan yang saya tak sengajakan ialah tersilap mengambil dan memasang lensa, sepatutnya saya menggunakan lensa Canon70-300mm tetapi terpasang la pula lensa Tamron 90mm khas untuk mengambil foto macro. Mulanya memang kelangkabut juga dibuatnya, mahunya tidak nak tukar lagi lensa, subjek bila-bila masa akan terbang. Akhirnya tiada pilihan selain terus mengambil foto dengan lensa khas untuk macro. Dan hasilnya bolehlah memuaskan hati dan seperti gambar-gambar tersebut.
Shot 1
Shot 1 hanya memberi tumpuan kepada kuku subjek sahaja untuk melihat kelainan dari pelbagai komposisi.
Shot 2
Fokus hanya pada Paruh subjek dan ini juga bertujuan untuk memberi kelainan dari sudut pandangan biasa. Pada awal shooting sukar untuk memberi fokus kepada sasaran utama iaitu paruh, namum setelah memberi ketenangan kepada subjek akhirnya subjek berdiam diri memberi laluan untuk sesi shooting. Kesemua foto yang diambil tidak menggunakan tripod langsung, cuma menggunakan kekuatan lengan, kemantapan lutut dan sedikit masa diambil untuk menahan pernafasan supaya tiada gegaran pada kamera.
Shot 3
Kali ini tumpuan diberikan kepada bahagian mata subjek sahaja. Sebabnya dari petua para sifu, jika mempotret apa juga subjek hidup bagilah keutamaan pada bahagian mata, kerana dari mata akan memberi banyak makna, ekspresi dan mood.
Shot 4
Dan kali ini pula tumpuan telah diberikan kepada muka subjek. Siapakah gerangannya subjek ini. Untuk mendapatkan hasil seperti ini saya beringat kepada hint "Segi Tiga Emas", "Golden Triangle" iaitu Aperture,ISO dan Shutter Speed. Ketiga-tiga hal ini haruslah difahami supaya hasil foto kelak mengikut kehendak kita dan memuaskan hati. Untuk melihat hint STE Shot 4 boleh lihat pada frame foto tersebut. Saya pasti rakan-rakan, lagi jauh lebih bagus dari saya, justeru saya cuma ingin berkongsi dan bukannya untuk berlagak. Ampun maaf dipohon tiada niat langsung.
Shot 5
Akhirnya saya mesti megambil potret keseluruhan subjek. Bagus juga subjek ini ketika saya mempotret masih setia dan kurang agresif. Dan paling penting subjek tak angkat kaki, kalau tak kepunanlah jadinya.
8 ulasan:
susah kan mau ambil subjek mcm ni..nway nice sharing yg diberikan..
Hai Nurr Kasih..tq lawat n bg komen ya..mmg payah jg shoot subjek halus n kecik2 gitu, tp best bila dpt hasilnya
burung apa tu bus? teropong 70-300 tu ba jugak yg ngam. mimpi lagi satu barang. busung ni, nda pandai kesukupan
Mcm tekukur ja tu..ha2 70-300mm best juga pantas n cekap fokus subjek yg kita mau..ndak penat n bepeluh d buatnya...palan2 ko
aku pun suka gak amik2 gamba ni.. tapi tak de duit nak sambar dlr lagi.. huhu
Ha2..x ap aibaks, kumpul pelan2 modal tu, lama2 dpt la si jantung hati
Memang tak lari.. ini Fledgling/Baby Zebra Dove.
Nice potret shots!.
Tapi photo Tabib lg best2..
Catat Ulasan