15 November 2010

Selayang Pandang Majlis Perkahwinan Eduardo & Connie

Tanggal 13 hb Nov 2010 merupakan tarikh keramat bagi pasangan ini, tetapi difahami pasangan ini telahpun melangsungkan majlis perkahwinan mereka awal sebelum tarikh ini di sebelah pihak keluarga perempuan di Telupid. Namum rasanya kurang lengkap kiranya majlis ini tidak diadakan di sebelah pihak lelaki. Untuk itu majlis serupa telah dilangsungkan di Dewan KDCA Penampang. Majlis ini sungguh meriah dan dihadiri oleh ramai tetamu undangan termasuklah orang kenamaan. Sempena majlis tersebut maka berkesempatanlah saya terpanggil sebagai salah seorang jurufoto untuk majlis perkahwinan mempelai. Terima kasih diucapkan dengan pelawaan tersebut. Berikut adalah beberapa foto sekitar perkahwinan mempelai.

Preview make up

Anggun dengan warna keputihan
Acara memotong kek

Untuk yang tersayang

Tengah menjamu selera

Keriangan terpancar di wajah kedua mempelai

Sama cantik sama padan

Rasanya setakat ini dulu beberapa foto majlis perkahwinan mempelai dan akan menyusul selepas ini. Ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada En Eduardo dan Puan Connie kerana sudi mempelawa saya sebagai sebahagian daripada jurufoto perkahwinan kalian. Selamat berbahagia untuk selamanya.


2 ulasan:

Asri Alam berkata...

syok betul ni, bila lagi ada event gini bos?

putrasharif@gmail.com berkata...

He2..hujung2 tahun mcm ni byk event kawin, 28 ni ada jemputan lg sbg jurufoto kawin di pitas..tp sya sudah bg dng kwn..sbb masa tu saya outing Mt Kinabalu