Kesempatan hujung minggu lepas, saya telah gunkaan untuk mengunjungi pusat perkelahan yang tidak kurang hebatnya di Bandaraya Kota Kinabalau. Kepada mereka yang ingin mandi manda datanglah ke lokasi ini. Tiket masuk bagi dewasa hanyalah RM1.50. Kedinginan, kenyamanan dan keasyikan tempat ini sukar dikatakan melainkan kita sendiri yang berkunjung ke tempat ini. Tetapi bagi saya tempat ini amat baik untuk mengamalkan ilmu fotografi. Keindahan air terjun dan aliran air menerusi celah-celah batu membolehkan kita mengambil foto terutamanya foto freeze. Untuk menggunakan teknik ini saya secara berhati-hati menjaga pelbagai aspek terutamanya 3 perkara utama iaitu Shutter Speed, Aperture dan ISO. Kalau ketiga-tiga perkara ini diabaikan pasti hasilnya pun akan barai. Untuk mengetahui kombinasi ketiga-tiga perkara tadi, maka bolehlah melihat pada foto dan keterangannya sekali.
Sedikit perkara lagi yang hendak saya kongsikan dengan rakan-rakan sekallian ialah faktor Point Of Intrest"(POI) dalam setiap foto yang dihasilkan. Saya bersetuju dengan fakta ini, jika sesebuah foto itu tidak mempunyai POI pastinya membosankan, lenggang dan seperti tidak membawa apa-apa kesan kepada audien atau sesiapa yang melihatnya. Jadi maknanya sebagai perkongsiaan kepada semua kaum photographer berhati-hatilah dengan fakta ini. Menerusi foto di atas, saya fikirkan POInya ialah pada pancaran cahaya matahari di sebelah bucu kanan, air terjun yang dibekukan(frozen) dan keasyikan beberapa individu dalam angle tersebut.
Demikianlah beberapa hasil foto yang sempat saya selitkan untuk perkongsiaan bersama rakan-rakan sekalian. Sebarang saranan, komen dan tunjuk ajar amat saya alu-alukan.
4 ulasan:
mmg best la p ni tempat. tp yg x best tu masa sya pegi tlalu ramai org..! best and good + awesome info pasal teknik.. :)
p/s: blh pinjam 60d ka..? heheheh..
i love the way you took your photoshot!
Tq RCM...tp foto2 ko lg best overseas lg tu
Hai AS..tq 4 comt ye..i just learn something
Catat Ulasan