Bercerita tentang topik ini, saya merasakan kesemua photographer akan mengalami cabaran seperti halnya topik kali ini " Susah Senang Mempotret Si Kecil ". Mana tidaknya perkara pertama yang harus ditempuhi ialah kerjasama yang diberikan oleh si kecil. Lain yang kita suruh lain dibuatnya, kita sudah setting gaya, stail dan mimik muka lain juga yang diberikannya. Memang mencabar jugalah berkerja dengan si kecil ini. Tetapi inilah lumrahnya sebagai photographer walaupun kerja ini sedikit sukar namum ia tetap seronok. Yang sukarlah akan mempercepatkan ilmu menebal di dada nanti. Ruangan kali ini saya berkongsi beberapa keping foto si kecil yang sempat dipotretkan.
Rentetan gambar model si kecil
Pose 1
Gaya bersahaja namum memberikan senyuman manis
Pose 2
Photographer mengalihkan perhatian si kecil dengan menunjukan sesuatu objek, sengaja untuk memberikan ekspresi dan komposisi yang berlainan.
Pose 3
Ekspresi yang berjaya ditunjukan oleh si kecil dengan hanya sekali arahan sahaja oleh photographer
Pose 4
Sesi penggambaran dihari dan lokasi yang lain, jadi mood pun ada lain pada mulanya
.....model nangis
Pose 5
Setelah mencuba beberapa kali akhirnya berjaya juga menggayakan satu pose menarik
Demikianlah beberapa hasil karya yang menampilkan model si kecil, yang memenatkan tapi pasti menyeronokan. Terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam penghasilan karya ini.
Model kecil : Sh Aliah Nafisah
Lokasi : Tanjung Lipat Beach, Bukit Bendera Signal Hill
Photographer : Sharif Putra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan