Dalam mendidik anak-anak menjadi insan seperti yang kita inginkan bukannya semudah yang kita jangkakan dan tidak mustahil juga untuk kita mengjangkakan menjadi terbaik seperti yang disangkakan. Siapa tau berkat kesabaran dan ketekunan kita mendidik dan membimbing dari sejak kecil lagi, akhirnya kita melahirkan seorang insan yang bermoral tinggi, punya akhlak yang mulia dan boleh dibanggangkan. Namum semua itu akan hanya tercapai jika sekiranya setiap ibu bapa mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang jitu dalam mendidik anak-anak mereka. Justeru itu marilah kita berkongsi setiap bait ungkapan tersebut sebagai renungan bersama. Moga-moga kita akan faham tamsilannya dan mengamalkan yang terbaik.
“Anak bagaikan kain putih, maka Ibu bapalah yang mencorakkannya”
“Jika marah anak sebaliknya anak akan belajar jadi pemarah kerana itulah corak yang di terimanya.
“Jika sayang anak sebaliknya anak belajar jadi penyayang kerana itulah corak yang di terimanya.
“Jika pukul anak sebaliknya anak belajar jadi pemukul kerana itulah corak yang di terimanya.
“Jika sabar dengan anak sebaliknya anak akan jadi penyabar kerana itulah corak yang di terimanya.
“Jika maki anak sebaliknya anak akan jadi pemaki kerana itulah corak yang di terimanya,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan