24 Ogos 2010

Panduan Pemilikan Rumah

                                               
                                                  Oleh Shatra




Setiap daripada kita sudah pastinya mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Memiliki rumah kediaman adalah merupakan pelaburan yang besar dan memerlukan kita berfikir secara bijak, kompleks, dan tepat. Justru itu adalah perlu untuk mengetahui informasi panduan untuk meiliki rumah. Menerusi artikel ini bagi mereka yang telah membuat perancangan untuk memiliki rumah dapatlah memerkukuhkan ilmu pengetahuan mereka dengan mengikuti 5 langkah.

1. Membuat pengiraan kos rumah yang dikehendaki

Adalah perlu para pembeli rumah mengetahui jumlah kos rumah yang mereka kehendaki supaya mereka mudah membuat perancangan kewangan. Selalunya para pembeli rumah akan membuat peruntukan pembelian rumah yang mempunyai kos 5- 6 kali jumlah pendapatan tahunan mereka. Contohnya pembeli rumah yang berpendapatan sejumlah RM42,000 setahun berkemampuan membeli rumah yang mempunyai kos dalam anggaran RM210,000 – RM250,000. Selain itu para pembeli juga harus mengetahui tentang beberapa kos lagi berkaitan dengan pembelian nanti. Antara kos awal yang diperlukan ialah.



I. Yuran Tempahan

Kos ini dibayar setelah pembeli telah membuat keputusan untuk benar-benar membeli rumah atau hartanah. Biasanya 10% bayaran tempahan akan dibayar terlebih dahulu daripada harga rumah atau hartanah. Jumlah 10% ini mungkin berbeza mengikut tawaran promosi oleh pihak pemaju. Justru kepada pembeli dinasihatkan berbincang dengan pihak pemaju tentang jumlah bayaran tempahan awal ini. Tetapi mengikut pengalaman penulis yang telah membuat urusan pembelian 2 unit rumah di sekitar Kota Kinabalu jumlah bayaran awal untuk tempahan ini sememangnya 10% daripada harga rumah tersebut.

II. Duti Setem

Hal ini juga perlu diketahui oleh para pembeli iaitu tentang bayaran duti setem, berapa jumlahnya dan bagaimana urusan pembarayan. Bayaran duti setem ini adalah untuk membiayai kos guaman untuk proses dokumen-dokumen tentang pembelian rumah. Jumlah duti setem adalah berdasarkan kepada harga pembelian ataupun pasaran semasa hartanah.

III. Yuran Guaman

Yuran ini dikenakan untuk urusan penyediaan dan perlaksanaan dokumen pembelian rumah atau hartanah yang anda buat. Selalunya institusi kewangan telah menentukan senarai panel guaman untuk menguruskan segala dokumen perumahan anda. Pemilihan peguam sendiri adalah tidak digalakan, hal ini kerana anda hendaklah berbincang dengan institusi kewangan yang membiayai segala urusan pembelian rumah anda.

IV. Yuran Pemprosesan

Yuran ini tidak akan dikembalikan oleh pihak institusi kewangan. Berikut adalah contoh kadar bayaran yuran pemprosesan oleh Maybank RM50 untuk jumlah pinjaman sehingga 30,000, RM100 untuk jumlah pinjaman RM 30,001 – RM100,000 dan RM200 untuk jumlah pinjaman RM100,000 dan lebih.

V. Yuran Penilaian



Bersambung.......



Tiada ulasan: