Foto Inspirasi kali ini juga berkaitan dengan fotografer yang merupakan idola saya, iaitu saudara Rarindra Prakasa dari negara Indonesia. Bagi saya beliau ini merupakan seorang fotografer yang unik, bijak dan bersifat sensetif terhadap penghasilan karyanya. Setiap foto yang dihasilkan bagi saya amat tidak merugikan dan menghampakan pada sesiapa sahaja yang melihatnya. Beliau bijak menyusun atur segala ramuan setiap fotonya. Saya amat kagum dengan pemikirannya, bagaimana begitu kreatifnya beliau mengisi setiap frame foto-fotonya dengan teliti dan kemas, sehinggakan foto itu kelihatan amat menghiburkan. Dari masa ke semasa saya kerap mengunjungi galeri foto-foto beliau untuk menimba serba sedikit ilmu darinya.
Berikut ialah beberapa hasil foto-foto beliau yang saya kagumi.
Foto 1 Good Morning Indonesia
Foto ini amat indah pada perkiraan saya. Point of interest(POI) terletak pada percikan air yang berkilau diterangi cahaya matahari. Bukan itu sahaja bagi saya faktor subjek juga turut memukau, kerana terdapat komunikasi menarik antara anak muda tersebut dengan kerbau.
Foto 2. Play at Paddy Field
Foto ini pula memang unik, saya tertarik bukan sahaja pada perilaku anak-anak sedang melintasi sawah padi, tetapi juga pada impak refleksi anak-anak tersebut, sungguh indah percampuran pelbagai unsur pada foto ini. Antara manusia dan alam sekitar
Foto 3. The Rider Mt Bromo
Foto ini pula saya amat gemar menikmati tone warna yang cantik dan menawan, di samping komposisi pelakon yang bersahaja. Memang menarik kombinasi antara si pemuda dan kudanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan