Sepanjang karier bergiat secara perlahan-lahan, meredah dan merakam pelbagai fenomena alam, membuatkan saya rasa betapa kagumnya kepada penciptaNYA yang maha agung, menciptakan santapan mata pada diri kita, betapa indahnya panorama kita. Meskipun kebanyakan foto-foto saya ini adalah hasil rakaman panorama yang tidak seberapa, namum saya tetap berpuas hati dan bersyukur kerana berpeluang merakam aksi tak terkata ini.
Foto 1# Exif Info Canon PowerShot G7, 1/5 sec, f/6.3, ISO100
Suasana pagi yang tenang dan damai, seronok benar rakaman imej ketika ini. Semestinya saya banyak membuat rakaman dari pelbagai komposisi, namun memadai berkongsi hanya sekadar foto ini. Untuk memperolehi rakaman seperti ini saya terpaksa pergi ke lapangan lebih awal jam 5.30 pagi, dengan tujuan saya dapat membuat penyesuaian komposisi dan menguruskan persiapan kamera dan sebagainya.
Foto 2# Exif Info Canon PowerShot G7, 1/40 sec, f/8.0, ISO 100
Masa rakaman panorama ini ialah sekitar jam 3 petang. Tempat dan lokasi rakaman ini ialah di salah satu tempat kepulauan yang jauh nun di Pulau Jambongan, Sandakan. Rasa beruntung bila dapat merakam saat bersama dengan anak-anak muda ini.
Foto 3# Exif Info Canon PowerShot G7, 1/1600 Sec, f/4.5, ISO100
Foto ini pula meskipun nampak senget sedikit pada sudut pandang permukaan air laut namum agak istimewa pada saya. Tidak mengapa hanya sekadar percubaan untuk mempelajari sesuatu dalam berkarya.
Foto 4# Canon PowerShot G7, 1/200 sec, f/4.0, ISO100
Panorama ini saya rakamkan agak banyak juga sehingga 20 ketip dan pelbagai teknik serta komposisi cuba saya praktikan untuk merakamkan panorama sunset ini. Dan foto ini hanyalah sebahagian dari rakaman tersebut. Tentang rakaman ini saya menggunakan tripod dan terpaksa diletakan dalam air masin, selain itu untuk mengelakan sebarang gegaran saya menggunakan remote control dan tidak memakai apa-apa filter, cuma membuat sedikit setting pada kamera.
4 ulasan:
subhanallah..gambar2 yang tidak pernah menghampakan. suka btl pic no4#..
bila la ada peluang bangun seawal pagi nak mengambil gambar2 seperti ini..
NK: Tq komen yg membina tu, insyala kt akan selalu berkongsi pendapat, tips n idea
Powershot pun boleh captured gambar yang begini indah ka...macam tidak percaya..tapi kenalah juga percaya...
FD: Thanks komen power siot...ya sya pakai G7 ja, tp kamera ni pun bukan calang-calang mmg bagus tp kena pakai tripod baru x gegar
Catat Ulasan