Masa bilakah smartphone digunakan oleh seluruh penggunannya. Waktu awal pagi, tengahari, petang atau waktu malam. Fakta ini saya fikir menarik juga untuk di ketahui oleh kalian dan khususnya bagi rakan-rakan blogger. Kenapa blogger harus tahu tentang fakta ini. Dari tinjauan yang di buat pengguna smartphone semakin bertambah ramai dan ini menunjukan bahawa kecenderungan menggunakan Mobile Browser semakin popular.
Pelayar internet masa kini semakin menggemari mobile browser untuk melayari web dan blog kegemaran mereka setiap hari. Ini merupakan petanda amat bagus kepada blogger-blogger untuk menaikan traffik ke blog masing-masing. Namum begitu perkara yang harus tuan blog lakukan ialah dengan membuat sedikit setting pada blog masing-masing, agar blog kalian kelihatan seperti mobile browser yang mudah diakses menerusi smartphone.
Balik kepada tajuk waktu paling popular penggunaan smartphone dari sumber Ericsson ConsumerLab, mendapati bahawa waktu lewat petang adalah tahap tertinggi penggunaan smartphone, diikuti pada waktu malam dan seterusnya pada waktu tengahari. Melihat kepada fenomena ini memang jelaslah bahawa para pengguna smartphone amat gemar melayari internet pada waktu tersebut seperti Facebook, Twitter,Myspace dan sebagainya.
Nantikan entri akan datang "Apa Seronoknya Menggunakan Smartphone".....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.