31 Disember 2010

Last Present 2010

Hasil karyaku yang terakhir dipenghujung tahun 2010 ini. Insyallah ada umur dan rezeki bersua lagi pada tahun 2011 dengan penampilan dan penghasilan karya-karya yang lebih bagus dari yang sebelum ini. Kepada semua rakan-rakan follow blog saya, selamat menyambut lebaran baru 2011. Terima kasih yang tidak terhingga dengan sokongan dan kunjungan ke laman blog saya.

Foto 1 Kaki Pancing

Foto 2 Kaki Joran


Foto 3 Destinasi Pancing

Info
Destinasi : Mengkabong River-Tuaran
Masa : 6.00am

29 Disember 2010

Photo Review Nuarji Sawatan

Photo Review
Nuarji Sawatan 

Foto 1 Mengkabong River-Tuaran Sabah

Foto ini memang indah, cantik, amazing dan menarik sekali. Buat saudara Nuarji tahniah kerana berjaya menghasilkan foto yang sebegini hebat. Dengan ketepatan waktu (golden hour) semestinya keberuntugan saat ini amat memuaskan. Dari sudut keindahan foto ini, saya selalu membuat penilaian pertama 'apakah POI'! dalam setiap foto yang saya saksikan. Justeru menerusi karya ini, saya dapat merasakan unsur POI ialah pada pergerakan pada subjek maksud saya ialah bot yang membelah ketenangan air sungai, dan sehinggakan kocakan ombak kecil membuahkan bibit-bibit keindahan. Selain itu kesan background yang dikuatkan dengan lapisan gunung dan bukit membuatkan foto ini menawan sekali. Bila di gabungan kesemua unsur menarik tadi bermula dari foreground dan background memang cantik. Tahniah buat saudara Naurji dengan kehebatan beliau bersama bergandingan dengan Nikon D300.


Foto 2 Pitas View

Yang ini pula memang cantik dipandang. Teringin pula nak print out kemudian dijadikan hiasan galeri rumah saya. Tahniah bro, bukan senang menghasilkan karya sebegini bagus. Kalau ada masa tu, ajar-ajar la kami.

Foto 3

Karya ini pun saya amat terpersona dan dapat memberikan banyak penceritaan. Meskipun cuma hanya foto, tetapi dari ekspresi yang ditonjolkan oleh photographer, saya dapat membayangkan pelbagai unsur komunikasi yang ditunjukan oleh subjek. Foto ini amat bagus sebagai rujukan kepada rakan-rakan yang menggemari dunia Macro.  Untuk makluman saudara Nuarji adalah merupakan seorang Freelance photographer dan mempunyai pengalaman luas dalam dunia photo. Terima kasih kerana memberi keizinan untuk saya membuat review hasil karya saudara.

In the bag(Nuarji)
DSLR Nikon D300
Lens AF-S Micro Nikkor 105mm 1:2.8G ED,
Lens AF-S Nikkor 18-200mm 1:3.5-5.6 G ED
Flash Speedlight SB900


27 Disember 2010

Kipungit Waterfall

Trip Kipungit Waterfall, Hot Spring-Ranau

Foto 1 Kipungit Waterfall

Foto 2 Kipungit Waterfall

Kevin Pinardy


Unik, teliti, kemas, dan mempersonakan setiap hasil karya beliau. Saya amat kagum dengan setiap penghasilan karya saudara Kevin Pinardy. Dan kehebatan fikiran, idea dan oldig beliau telah menarik minat pelbagai lapisan dan aliran para photographer yang bukan sahaja di Indonesia negara asal beliau tetapi juga sehinggakan ke pelusuk dunia. Contohnya foto-foto beliau telah menjadi bahan tatapan dan rujukan di negara Ukraine. Justeru terasa juga ingin menikmati dan mempelajari  walaupun sedikit teknik dan style beliau.


Foto 2

26 Disember 2010

Sabah Tea

Trip 2 Sabah Tea Ranau,Sabah


Foto 1

Foto 2

Kundasang Memorial Park

Beberapa hari lepas terlaksanalah sudah siri jelajah beberapa buah tempat yang termasuk dalam list trip saya untuk sesi Klik-klik. Salah satu lokasi menarik saya kunjungi ialah Kundasang Memorial Park. Dan kesempatan tersebut dapatlah klik2 subjek Spider yang cantik ni dengan menggunakan corong lensa Tamron 90mm serta mesin Canon 60D . Saksikanlah hasil yang tak seberapa ini.

Foto 1 Spider

Foto 2 Spider


Foto 3 Black Spider

Desa Farm Trip

Trip 1

Trip ke Desa Farm, Kundasang Ranau. Tempat ini jika untuk membuat sesi portrait family, weeding dan macam-macam lagi la..Memang best.


22 Disember 2010

DSLR Magazine

Untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan terkini pelbagai isu, skill, style, tips,teknik, dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia foto, saya turut membaca, menyelidik, mencuba dan memahami setiap apa yang terkandung di dalam majalah di bawah ini.

Bagi saya untuk menjadi seorang photographer yang baik perlulah sentiasa memperbaiki dan memajukan diri setiap masa. Kalau tidak sudah pastinya akan ketinggalan di belakang. Untuk itu saya kena berbelanja RM50-100 sebulan untuk memiliki majalah-majalah seperti ini, yang sakitnya jika majalah tersebut bulat-bulat datangnya dari luar negara seperti UK dan sebagainya. Tetapi mujurlah majalah seperti Digital Camera Magazine dan Digital SLR Photography telah di Malaysiakan dan harganya dalam lingkungan RM10-12 senaskah. Jika bercerita pasal buku photography pula, memang pening jugalah dibuatnya, manakan tidak harga sebuah buku berharga sekitar RM100-150, tetapi terpulanglah kepada diri masing-masing, tepuk dada tanya diri sendiri". Berikut beberapa koleksi majalah yang saya langgan setiap bulan dan saya sarankan kepada rakan-rakan yang meminati dan baru hendak berkecimpung ke dunia photography silakanlah membaca majalah ini. Sekian sekadar perkongsiaan bersama.

Bacaan wajib 1st

Bacaan wajib 2nd

Bacaan wajin 3rd

Mesilau Waterfall

Perihal mengambil foto yang menampilkan impak sebegini, semestinya memerlukan beberapa kemahiran dan ketelitian. Pertama apa yang diperlukan ialah peralatan selain kamera. Antaranya ialah tripod, remote control, dan jikalau perlu turut menggunakan bantuan flash. Kemudian tentukan mission atau apakah yang hendak kita gambar. Hal ini termasuklah kepelbagaian sudut yang menarik dan sebagainya. Merujuk kepada foto rakan photographer saya  iaitu sedara Yusril Gani di bawah ini, saya tertarik dengan impak warna yang beliau tampilkan dengan menggunakan Style HDR. Selain itu semestinya kejayaan beliau menampilkan kesan air yang lembut dan halus, memang cantik dilihat. Syabas dan teruskan berkarya buat sedara Yusril. Mungkin disuatu masa kelak, seorang model yang tengah mengambil air sembahyang atau anak-anak sedang mandi manda akan menjadi penghias kekemasan foto ini.
 
Foto 1

Foto 2










In The Bag Yusril Gani
Canon EOS 40D
Canon 18-55mm IS
Flash Nissin DI622 Speedlite

16 Disember 2010

Foto Pilihan Rakan Photographer & Blogger

Assalamulaikum, salam sejahtera, selamat menyambut hari natal dan yang pastinya tahun baru 2011 akan menjelang tiba hanya seketika sahaja. Entry kali ini saya memaparkan beberapa hasil karya dari kalangan rakan photographer dan blogger, diharapkan rakan-rakan merestui entry ini. Niat saya bukanlah untuk tujuan mengaut keuntungan sama ada secara komersial ataupun tidak, tetapi hanyalah sekadar mengkagumi, menghormati, dan menyanjungi hasil ketipan kamera saudara/saudari sekalian. Berikut adalah beberapa hasil foto rakan-rakan saya.

Saya salah seorang yang meminati foto yang ditampilkan dengan impak "bokeh" rasanya amat seronok bila melihat foto seperti ini. POI pada foto ini pada saya ialah pada kesan bokeh itu sendiri yang menampilkan subjek utama. Bukan senang mengambil foto sebegini, bepeluh juga dibuatnya.Congra tuan ketip-ketip Sasa

Bila melihat foto ini saya terus tertarik kepada kesan background yang menakjubkan. Penampilan bukit yang pelbagai lapisan ditambah lagi dengan kekuatan impak Mt Kinabalu, siapa yang tidak terpikat dengan foto ini. Saya fikir POI pada foto ini ialah seperti apa yang telah saya ungkapkan tadi. Syabas saudara Afzan, teruskan menghasilkan karya hebat sebegini.

Saya tidak dapat menafikan bahawa hasil karya ini memang amat bagus. Dan saya amat meminati foto berkonsepkan "silhouette" yang diolah dengan Strobist. Keunikan pada penampilan tekstur badan manusia tersebut meninggalkan cerita yang berbentuk teka teki " siapakah gerangannya"?. Syabas saudara Cayril saya peminat hasil karya awak.
  
Sejak berkecimpung dalam dunia fotografi ini, saya punyai impian untuk menngambil foto sehebat ini, namum apakan daya poket selalu kempis. Jadi lambat lagi la untuk memiliki lensa power macam saudara Redzlan ini. Foto ini amat menghiburkan dan menghairankan, bukan senang mengambil foto-foto seperti ini, susah, payah, bepeluh dan yang pastinya tuan punya foto ini penyabar orangnya. Kalau tak penyabar asyik angkat kaki la jawabnya.


Selalunya foto-foto macam ini, saya saksikan menerusi iklan-iklan besar syarikat insuran, kewangan, pendidikan, MAS, Air Asia dan pelancongan. Bila melihat foto saudara Daniel ini, saya fikir beliau sememangnya photographer seperti yang saya sebutkan tadi. Foto ini memberikan kita impak harmoni, aman damai, dunia kanak-kanak yang menyeronokan dan keasliaan. Bila la saya dapat ambil photo sebaik ini. Awesome photo bro.


Saya gemar mengambil foto-foto macam ini dan foto ini memberikan saya inspirasi bagaimana meletakan unsur-unsur menarik di dalam foto. Saya fikir POI pada foto ini ialah pada bayangan subjek seperti kapal dan diperkemaskan lagi dengan kesinambungan bukit bukau. Dan yang hebatnya lagi ialah matahari betul-betul bulat kemerahan. Syabas bro Gidong mahu minta ajar ni.


Dari foto ini saya suka cara photographer menampilkan raut wajah subjek. Subjek kelihatan amat ayu, cantik dan mempersona di sebalik kebijaksanaan photographer menampilkan si cantik dengan menggunakan teknik "border in framing".Tahniah bro saya suka cara dan aliran pemikiran serta teknik yang saudara ketengahkan.

Demikianlah beberapa penilaian yang sempat saya berikan kepada beberapa otai tersebut. Mohon maaf sekiranya penilaian saya kurang tepat dan menjatuhkan hukuman yang tidak adil. Saya juga seperti photographer yang lain, budak baru belajar". Sekalung penghargaan saya tujukan kepada otai-otai kerana membenarkan saya memaparkan hasil-hasil karya tersebut. 

Sharif Putra
KK-Sabah

15 Disember 2010

INFO STROBIST

Sebelum saya pergi jauh berkongsi Mission of the year 2011 saya ini iaitu berkenaan dengan "Strobist". Sedikit info berkaitan pengenalan tentang Strobist. Strobist berasal dari perkataan strobe, menurut istilah fotografi bererti alat yang mengeluarkan cahaya secara terus menerus. Secara ringkasnya fotografer menggunakan flash(Blitz) secara off-camera, iaitu dengan meletakan flash pada pelbagai sudut untuk memberi impak cahaya yang pelbagai. Caranya ialah dengan menggunakan flash secara off-camera dengan mekanisme wireless trigger (pemantik nirkabel).

Pada masa kini kebanyakan kamera DSLR telah menyediakan kelengkapan seperti pada sistem Nikon di sebut sebagai CLS (Creative Lighting System) sementara di sistem Canon disebut sebagai E-TTL (Evaluative - Trough The Lens).

Sistem  CLS dan E-TTL ini berfungsi untuk menyalakan flash secara sinkron ketika kita menekan tombol shutter pada kamera. Jadi flash akan menyala ketika kita menekan shutter button dan  flash harus berada dalam posisi hot shoe di kamera.

Berikut beberapa hasil karya yang berkonsepkan  foto strobist(FS)

Strobist 1


Strobist 2

Early intro "Strobist" project

Permula projek baru, sebagai pembuka tirai baru 2011 dengan nukilan karya yang berkonsepkan "Strobist". Dengan perkongsiaan ini dapatlah menimba seberapa banyak ilmu dalam dunia fotografi.

Strobist 1

Strobist 2

Notes: Nantikan foto-foto "strobist" dari saya akan datang menjelang awal 2011. Buat masa ini masih dalam proses editing.

11 Disember 2010

Me n My Lens 2010 Collection



























Kionsom Water Fall-Inanam

Deer-Lok Kawi Wildlife
Sandakan Night emotion

Probocis Monkey Labuk Sandakan

Labuk Bay Sandakan

Beringgis Beach Resort-The Child