29 Disember 2010

Photo Review Nuarji Sawatan

Photo Review
Nuarji Sawatan 

Foto 1 Mengkabong River-Tuaran Sabah

Foto ini memang indah, cantik, amazing dan menarik sekali. Buat saudara Nuarji tahniah kerana berjaya menghasilkan foto yang sebegini hebat. Dengan ketepatan waktu (golden hour) semestinya keberuntugan saat ini amat memuaskan. Dari sudut keindahan foto ini, saya selalu membuat penilaian pertama 'apakah POI'! dalam setiap foto yang saya saksikan. Justeru menerusi karya ini, saya dapat merasakan unsur POI ialah pada pergerakan pada subjek maksud saya ialah bot yang membelah ketenangan air sungai, dan sehinggakan kocakan ombak kecil membuahkan bibit-bibit keindahan. Selain itu kesan background yang dikuatkan dengan lapisan gunung dan bukit membuatkan foto ini menawan sekali. Bila di gabungan kesemua unsur menarik tadi bermula dari foreground dan background memang cantik. Tahniah buat saudara Naurji dengan kehebatan beliau bersama bergandingan dengan Nikon D300.


Foto 2 Pitas View

Yang ini pula memang cantik dipandang. Teringin pula nak print out kemudian dijadikan hiasan galeri rumah saya. Tahniah bro, bukan senang menghasilkan karya sebegini bagus. Kalau ada masa tu, ajar-ajar la kami.

Foto 3

Karya ini pun saya amat terpersona dan dapat memberikan banyak penceritaan. Meskipun cuma hanya foto, tetapi dari ekspresi yang ditonjolkan oleh photographer, saya dapat membayangkan pelbagai unsur komunikasi yang ditunjukan oleh subjek. Foto ini amat bagus sebagai rujukan kepada rakan-rakan yang menggemari dunia Macro.  Untuk makluman saudara Nuarji adalah merupakan seorang Freelance photographer dan mempunyai pengalaman luas dalam dunia photo. Terima kasih kerana memberi keizinan untuk saya membuat review hasil karya saudara.

In the bag(Nuarji)
DSLR Nikon D300
Lens AF-S Micro Nikkor 105mm 1:2.8G ED,
Lens AF-S Nikkor 18-200mm 1:3.5-5.6 G ED
Flash Speedlight SB900


5 ulasan:

Sasa Al-Sharif berkata...

fuyoh.. mcm mana dia snap gambar pertama tu? mcm dari heli ja

Shatra berkata...

Sasa..foto 1 tu..sya fikir photographer ambek dengan menggunakan layang2 or helicopter kecik remote control tu..punya canggih ni kerja

K.I.S.S berkata...

sgt nice :)

erm, pic 1 tu sy rasa dia amik dri ats jambatan..hehe

Shatra berkata...

Saya fikir btl jg tu..dr atas jambatan kan..memang cantik ambek pic tempat ni..terutamanya saat golden hour

Tanpa Nama berkata...

Each [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/novolog-flexpen-patient-assistance/]flexpen size[/url] meeting suggested [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/pantoprazole-$4.00/]pantoprazole 10[/url] caressing entrusted [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/bactroban-2-cream/]bactroban ointment used for[/url] throbbing tie [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/novation-hospira-heparin/]hospira[/url] jogged towering [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/what-is-malarone/]buy malarone[/url] farther slowly [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/berna-products/]berna dean he's mine[/url] gloat endurance [url=http://papoziw.abgefahrene-website.de/bacteriostatic/]bacteriostatic saline v s lidocaine[/url]