Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

30 September 2010

Kiamat

Peristiwa Tsunami Aceh Indonesia

Hadis yang berkaitan dengan hari Kiamat
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?. Baginda menjawab: Apabila bermaharajalela bunyi-bunyian muzik dan penyanyi-penyanyi wanita.”
-Ibnu Majah
Tanah Runtuh

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti  himar(keldai) maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang
-Sahih Muslim
Maksiat berlaku secara terang-terangan

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membaca berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan mu dan memfitnahmu”
-Sahih Muslim
“Sesungguhnya sebelum dating hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian sebenar”-Hadis riwayat Imam Ahmad

“banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar
–Riwayat Bukhari
Rusuhan menjadi perkara biasa

Gambaran Api panas membara

"Semoga kita terhindar dari perkara-perkara yang merugikan"


17 September 2010

Belajar Bahasa Arab

Nombor

Wahidun - Satu
Isnani - Dua
Salasatun - Tiga
Arba'atun - Empat
Khomsatun - Lima
Sittatun - Enam
Sab'atun - Tujuh
Samaniatun - Lapan

Istighfar

Istighfar

Istighfar ialah memohon ampun dari Allah s.w.t yang menjanjikan rasa tenang dan aman damai kepada mereka yang selalu mengamalkan istighfar. Aantara waktu-waktu yang mustajab untuk beristighfar ialah seperti yang berikut
1. Sepanjang hari dan malam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Bertaubatlah kami kepada Allah, kerana sesungguhnya aku sendiri bertaubat kepada-Nya tiap-tiap hari seratus hari"

2. Selepas melakukan sesuatu dosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Tidaklah seseorang hamba itu melakukan dosa, kemudian ia segera berwuduk lalu mendirikan solat dan memohon keampunan Allah atas perbuatan dosanya, melainkan Allah mengampunkannya."(Abu Daud)

3. Apabila bersurai dari seseatu majlis.
4. Di waktu hendak tidur
5. Di waktu petang ketika matahari hampir terbenam
6.Apabila masuk ke dlam masjid
7. Apabila keluar dari masjid
8.Sewaktu rukuk
9.Ketika sujud
10.Ketika duduk antara dua sujud