29 September 2010

Pengurusan Kewangan Keluarga

Saban hari semakin banyak perlu difikirkan oleh kita terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan tidak kiralah pengurusan kewangan syarikat mahupun mencakupi pengurusan kewangan keluarga. Namum menerusi ruangan artikel ini fokus utama ialah aspek pengurusan kewangan keluarga dan individu. Walaupun terdapat perbezaan antara keduanya namum skopnya adalah tetap sama. Dalam pengrusan kewangan keluarga atau individu beberapa perkara perlu diambil perhatian. Antaranya ialah tabiat kewangan yang menjadi amalan oleh setiap keluarga dan individu itu. Dengan mengamalkan tabiat kewangan yang tidak baik akan menyebabkan kesan yang negatif keluarga dan diri individu tersebut. Misalnya belum lagi sempat untuk menerima gaji pada bulan sebelumnya keluarga itu telahpun kehabisan sumber kewangan. Mengapa situasi sebegini boleh berlaku. Jawapannya ialah tabiat kewangan yang tidak efisyen.
Justeru menerusi artikel ini dapatlah digariskan beberapa tabiat kewangan yang baik untuk perkongsian sesame kita. Insyallah dengan perkongsiaan ilmu ini akan dapat membawa kebaikan kepada semua. Antara tabiat kewangan yang baik diamalkan ialah.
1.     Bayar segala bil dengan segera
Lumrahnya masa kini setiap dari keluarga atau individu dalam keluarga itu tidak terlepas dari untuk membayar bil. Pembayaran bil ini adalah merupakan kemestian dan jika sekiranya enggan untuk membayar bil, ini akan membuatkan beberapa perkhdimatan yang dinikmati selama ini akan ditamatkan. Contohnya ialah bil eletrik, bil Astro, bil telefon, bil internet, dan banyak lagi. Oleh itu perlulah bagi setiap keluarga dan individu itu menjelaskan secepat yang mungkin setiap bil-bil yang dikenakan setelah memperolehi gaji bulanan atau sebagainya. Jika hal pembayaran bil ini dilengah-lengahkan atau diabaikan ini akan menyebakan berlaku lambakan bil dan sudah pasti menyukarkan pembayar apabila jumlahnya semakin bertambah.
2.     Buat penyelarasan pembayaran bil
Buat penyelarasan pembayaran bil anda dengan kemas dan segera. Contohnya apabila memperolehi gaji pada hujung bulan disiplinkan diri terus membuat pembayaran segala bil. Teknologi terkini banyak membantu kita untuk membuat penyelarasan pembayaran bil misalnya menerusi perbankan Internet  maybank(maybank2u.com.my), Cimb Bank(cimbclick.com.my) dan banyak lagi perkhdimatan perbankan disediakan oleh setiap bank. Dan teknologi terkini  kita boleh membuat pembayaran secara online menerusi telefon pintar(smartphone). Jadi tepuk dada Tanya diri. Kemudahan pembayaran semakin mudah tetapi terpulanglah kepada diri sendiri.
3.      Berbelanja secara berkala dalam kuantiti yang banyak
Elakan daripada membeli belanja dapur atau rumah secara berkali-kali, tetapi lakukanlah secara berkala maksudnya dua minggu sekali atau sebulan sekali. Banyak faedah yang akan dinikmati oleh kita, antaranya jimat masa dan tenaga, jimat wang ringgit tidak perlu banyak wang keluar untuk membayar tol, parking kereta, minyak kereta dan sebagainya. Sebaliknya jika berbelanja dua minggu atau sebulan sekali ini mendorong kita berbelanja secara bijak, tidak terburu-buru, berbelanja mengikut senarai keutamaan dan keperluan. Ingatlah “berbelanja bukanlah mengikut kemestian tetapi mengikut keutamaan”.
Bersambung....


Tiada ulasan: