30 September 2010

Skim bayaran Mudah

Skim bayaran Mudah


Saban  hari ramai diantara kita terutamanya yang berkerja makan gaji menceburkan diri dengan Skim Bayaran Mudah. Sedarkah kita bahawa istilah ini lebih kurang membawa maksud begini. Skim Bayaran Mudah ialah skim membuat hutang dengan mudah. Skim ini tidak tetap dan akan berubah-ubah mengikut kehendak dan selera anda sendiri. Pembayaran anda yang akan tentukan sama ada secara mingguan, bulanan dan ada juga tiga bulan sekali. Dari sudut kebaikannya menerusi skim ini anda akan mudah memenuhi keinginan anda untuk memiliki pelbagai barangan contohnya perkakas dan keperluan rumah seperti perabot, televisyen, radio, peti sejuk dan sebagainya secara mudah.
Adakalanya membeli beberapa jenis barangan secara serentak semata-mata hendak memenuhi keinginan diri. Namum dari segi keburukannya pula tidak kurang juga pedihnya. Jikalau anda membuat kira-kira harga tunai dan harga mengikut skim bayaran mudah, sudah pasti harganya jauh berbeza. Berlaku kenaikan harga hampir dua kali ganda atau lebih. Hal ini jarang diambil perhatian oleh mereka yang berkecimpung dalam hal ini, bagi mereka yang penting mencapai keinginan untuk memiliki barang yang mereka hendak.  Harga set sofa kalau dibeli secara tunai ialah RM1200.
Tetapi menerusi skim bayaran mudah, tidak perlu mengeluarkan wang deposit hanya perlu memenuhi beberapa tuntutan dokumen dan menyetujui  jadual pembayaran dan ini mengakibatkan harga sofa tadi mencecah sehingga dua kali ganda atau lebih. Jadi fikir-fikirkanlah rakan-rakan sekalian tentang kebaikan dan kelemahan Skim Bayaran Mudah, Skim Hutang Mudah, bayar payah akibatnya membawa padah”.

Tiada ulasan: