Foto 1
Pemburu Senja, menebar jala sebagai alternatif untuk menangkap udang
selain menggunakan pukat pantai.
Sepanjang bulan mac hingga april sekitar pesisir pantai Meruntum, Kuala Putatan dan Petagas sibuk dengan aktiviti memburu udang pantai. Kerana pada bulan ini kehadiran kumpulan udang banyak membanjiri pesisir pantai sama ada untuk bertelur atau mengikut sumber makanan. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh kalangan nelayan sepenuh masa dan ada juga di antaranya sekadar mengisi masa lapang serta mengurangkan kos membeli udang di pasar.
Foto 2 Pukat Pantai
Menggunakan pukat pantai yang boleh menghasilkan tangkapan agak lumayan
Dari perbualan ringkas di kalangan pemburu senja ini, mereka mula turun menebar jala atau pukat ialah sekitar jam 4 petang dan hinggalah berlarutan sehingga ke jam 12 tengah malam. Hasil tangkapan juga agak lumayan sehinggakan mendatangkan pendapatan mencecah ratusan ringgit dalam satu malam kerja memburu udang ini.
Foto 3 Kerja membuka hasil tangkapan udang.
Foto 4 Memeriksa pukat dalam selang masa antara 20-30 minit
Foto 5 Gambaran dari sudut jauh untuk melihat aksi pemburu senja
Foto 6 Berbekalkan Jala atau rambat boleh mendatangkan hasil yang lumayan
Foto 7 Kerja memburu udang hingga tesasar ke malam
Foto 8 Berbekalkan lampu suluh yang dipakai dikepala
membantu si pemburu memeriksa jalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan