27 Januari 2019

Lagenda Pulau Supirak

Lagenda tersembunyi di Kg Malubang,Pitas. Sudah lama saya rancang mahu terbang di atas kapal pulau ini, alhamdulillah 2018 sempat juga la datang ke tempat bersejarah ini. Pulau ini betul-betul menyerupai sebuah kapal atau bahtera besar sedang terapung di laut. Cuma sedikit penambahan telah dilakukan iaitu di bahagian hadapan pulau ini telah diperkemaskan dengan rekaan kepala kapal.Memang menarik sebenarnya berada di tempat ini, terutamanya kaki foto, memang siuk la brother.

Kapal Nahkoda Supirak dari padangan atas.

Pulau ini dikaitakan dengan cerita donggeng rakyat jelata sebagai kapal yang dimiliki oleh seorang nahkoda yang dipanggil nahkoda supirak. Ceritanya panjang dan saya kurang fokus tentang ceritanya. Yang saya tahu ialah ambil dan rakam gambar untuk dikongsikan kepada para pengunjung supaya datang sendiri ke Kg Malubang ini.

Pulau Batu Talam,Kg Malubang-Pitas

Pulau Batu Berunsai,Kg Malubang-Pitas

Banyak sebenarnya tempat dan ikonik yang menarik di Kampung Malubang ini, bukan sahaja Pulau Supirak, tetapi juga Batu Talam,Batu Berunsai dan banyak lagi. Lagi bagus kamurang datang sendiri la baru bagus ceritanya. Insyallah 2019 saya rancang datang lagi mungkin dalam 2-3 malam. Jom siapa mahu join saya.

26 Januari 2019

Taman Syurga Kinabalu,Hounon Ridge

Hounon Ridge Farmstay, Taman Syurga Kinabalu, sedikit bombastik intro kali ini untuk menyatakan betapa indahnya, begitu cantiknya, wow fantastic, wonderfull dan bla..bla..bla..datang sendiri la lagi bagus. Perjalanan masuk simpang Bundu Tuhan ke lokasi ini tidak la begitu mencabar sangat. Melainkan anda berjalan kaki, memang sedikit lewat untuk sampai. Jika bergerak menggunakan kenderaan mungkin sekitar 30 minit pasti sampai tidak termasuk sesat jalan. Jikalau anda sesat la, rasanya tidak sukar sangat menjejak tempat ini dengan menggunakan Mr.Waze..

Waktu pagi paling awesome merakamkan Gunung Kinabalu

Bayu di Puncak Kinabalu awal pagi

Tempat yang sejuk dan nyaman

Hounon Ridge Farmstay


Tempat ini memang sudah popular sejak dibuka dan menerima ramai pelancong sama ada dari tempatan mahupun luar. Tujuan mereka datang tidak lain tidak buka..sendiri mau ingat la..


Penginapan banyak disediakan, selesa dan terbaiklah, pasal harga saya kurang pasti, cuma yang saya ingat sekitar RM150-200, itupun bilik yang mampu saya bayar ketika berkunjung ke tempat ini. Korang google ja la, senang. Bah malu apa bosku...mari la jelajah Sabah, nikamti keindahan negeri kami.


Bukit Sironggol, Semporna


Bukit Sironggol, Timbun Mata dalam daerah Semporna,Sabah. Destinasi yang tersembunyi selama ini dari pengetahuan dan radar terutamanya para peminat fotografi landskap. Akhirnya pada tahun 2018 sebanyak dua kali sempat berkunjung ke tempat ini untuk merakamkan gambar.

Puncak Sironggol dari padangan atas

Pendakian memakan masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk sampai ke puncak Sironggol.

Tempat ini bukanya boleh dimasuki dengan sesuka hati sahaja, tetapi perlu memohon permit khas dari pemiliknya iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Dan sekiranya diberi kebenaran anda haruslah sentiasa menjaga kebersihan, keselamatan dan keindahan tempat ini. Jangan sesuka hati membakar, menconteng apa-apa perkatan atau simbol di mana-mana permukaan batu atau pokok. Juga anda haruslah sentiasa menjaga kebersihan tempat ini. Kalau bukan kita siapa lagi kan. Tempat yang sebegini indah, takanlah kita mencemarinya.

Rakaman gambar menggunakan Drone, amatlah wajib tempat ini. 

Padangan dari sisi puncak Sironggol

Pandangan atas tegak menampakan laluan pejalan kaki yang mempunyai kecerunan yang menggerunkan terutamanya apabila permukaan tanah basah dan licin.

Jangan lupa bawa seberapa banyak kad memori apabila sampai ke puncak sironggol,anda pasti akan menyesal dan menangis tak berlagu jika terlupa atau kad memori penuh.


Selamat berkunjung ke destinasi ini Bukit Sironggol,Pulau Timbun Mata,Semporna-Sabah. Anda pasti terpukau dengan keindahan tempat ini. Jangan lupa berswa foto banyak-banyak ya....Magsukul na.