Kota Belud,Sabah. Jika ingin menyaksikan keindahan Gunung Kinabalu yang sebenarnya, di sinilah tempatnya iaitu Kota Belud. Kenapa lokasi pilihan Kota Belud, sebabnya di sinilah Gunung Kinabalu boleh disaksikan dengan berlatar depan Sawah Padi dan sungai. Sambil mandi sungai, sambil menyaksikan Gunung Kinabalu.
Semburan Cecair untuk kawalan makhluk perosak benih padi
Inilah yang dimaksudkan sebelum ini, lihat latar depan ada sungai dan sawah padi. Air Sungai Wario mengikut gelaran masyarakat tempatan, airnya mengalir terus dari Gunung Kinabalu. Sungguh segar,nyaman dan sejuk.
Bukan sahaja manusia yang seronok mandi manda di sungai ini, malahan kumpulan kerbau juga turut serta menyejukan badan.
Pandangan dari atas kumpulan kerbau mandi sungai
Pemandangan Gunung Kinabalu sebelah pagi.
Pandangan dari ruang udara Gunung Kinabalu,Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan