05 Ogos 2011

Isteri Ketua Pasukan Singapura Menghina Safee Sali dan Amirul Hadi


Ada macam-macam berlaku dalam arena bola sepak kebangsaan kita, belum pun terubat kedukaan kita dengan kekalahan teruk pasukan Harimau Malaya terhadap Lion, kini muncul pula satu penghinaan oleh isteri ketua pasukan Singapura terhadap Safee Sali dan Amirul Hadi.

Hidayah Sharil isteri kepada ketua pasukan Singapura telah mengelar kedua-dua pemain kebangsaan kita sebagai monyet menerusi aksi mereka pada perlawanan lepas. Tomahan ini telah dilemparkan menerusi akaun Twitternya iaitu hidayah17.

Kenyataan tersebut amat mendukacitakan apa tak lagi beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif sedemikian. Hati dan perasaan para peminat bola sepak tanahair telah terguris. Ini terbukti apabila akaun twitter hidayah17 telah ditutup kerana mendapat serangan hebat dari para peminat bola Malaysia.

Bagi Safee Sali yang merupakan ikon baru bola sepak tanahair, sepatutnya kenyataan tersebut tidak harus dilemparkan oleh beliau yang juga merupakan isteri kepada sahabat baiknya, yang juga turut beraksi di persada liga Indonesia. Namum begitu Safee Sali memberi peluang kepada Hidayah untuk memohon maaf secara terbuka.


Dari Sharif Putra

04 Ogos 2011

Apa Itu Lensa Telefoto






Rasa terpegun bercampur gerun apabila melihat fotografer memikul lensa yang begitu panjang dan besar. Sering kali saya pergi tengok bola di stadium, maka masa itulah saya berasa taksub melihat gelagat fotografer yang bertugas di tepi padang sambil memikul kamera bersama lensa panjang mereka. Sudah pasti harganya amat mahal dan semestinya hasil rakamannya begitu baik.

Justeru mari kita kenali lensa panjang-panjang ini atau lebih dikenali sebagai telefoto. Lensa jenis telefoto ini akan membenarkan anda merakam subjek yang berada jauh, misalnya aksi pemain bola di tengah padang, burung di atas dahan, harimau yang terpaksa kita rakam dari sudut jauh ataupun bintang bergemerlapan di waktu malam. Kesemua subjek ini harus menggunakan lensa telefoto supaya hasil rakaman nampak lebih dekat, jelas dan cantik.

Telefoto juga merupakan lensa yang lebih panjang dari lensa standard biasa. Namum untuk merakam portrait seperti portrait perkahwinan lensa telefoto juga amat sesuai untuk digunakan. Antara lensa yang difikirkan sesuai untuk portrait perkahwinan ialah lensa yang mempunyai fokal length 80-150mm.

Menggunakan lensa telefoto juga akan membolehkan hasil rakaman imej kelihatan lembut di bahagian latarbelakangnya iaitu dengan membiarkan latar berada dalam out of focus. Berikut adalah beberapa contoh gambar-gambar hasil lensa telefoto sebagai pengamatan bersama.

Dari Sharif Putra

31 Julai 2011

Koleksi Gambar Menajubkan

Apa khabar kalian, kali ini saya nak kongsikan beberapa koleksi gambar-gambar yang menakjubkan pada saya. Gambar-gambar ini saya fikir agak sukar untuk dirakamkan, tambahan lagi situasi sebegini bukanlah kerap kali berlaku dan fotografer berpeluang merakamkan aksi-aksi tersebut. Semua ini bergantung kepada nasib serta kecekapan fotografer itu. Jika nasib menyebelahi, kira beruntunglah fotografer kerana berpeluang merakamkan saat-saat menakjubkan ini. Apa yang penting sebagai fotografer ialah beberapa ramuan khas yang saya fikir semuapun fotografer menggunakan ramuan ini, antaranya sabar, tenang, kreatif dan  cekap.






25 Julai 2011

Koleksi panorama dan kreativiti yang pernah saya lalui. Semakin jauh perjalanan kita, banyak aksi manusia dan rahsia alam dapat dirakamkan. Kesempatan dalam kesempitan ini eloklah dipergunakan dengan sebaik mungkin. Jika tidak, mustahil detik bermakna tersebut akan berulang kembali. Mari kita nikmati panorama sepanjang kembara seni foto saya.

Foto 1 Kembara Ke Kg Malalin-Sandakan

Foto 2 Panorama Malam Bandaraya Kota Kinabalu

Foto 3 Lilin penerang di kala malam gelap menjelma

Foto 4 Sky Blue.Panorama langit yang mengasyikan sewaktu kembara foto ke Genting Estate-Sandakan

Ilusi Optikal Yang Menakjubkan









Kali ini saja nak selitkan koleksi foto yang diolah dengan kemas dan kreatif iaitu ilusi optikal. Foto-foto ini menarik bagi saya, kerana sebagai fotografer atau perakam ilusi beberapa aspek penting untuk diambil kira apabila merakam foto. Antaranya susun atur dalam foto itu dan bagaimana meletakan subjek dalam foto dengan kreatif. Mari kita layan foto-foto ni.

19 Julai 2011

Kalimah Allah & Muhammad


Kalimah Allah & Muhamad kelihatan di langit pada perairan laut Cina Selatan. Gambar ini diperolehi dari saudara Hisham Ace yang dirakam menerusi telefon Nokia E71 dari arah Pulau Labuan pada 17/07/2011.

Percaya atau tidak, yakin atau was-was namum inilah hakikatnya yang maha kuasa. Sebenarnya banyak memperlihatkan kekuasaanya pada umat manusia sekalian, hanya manusia itu yang kerap lupa diri begitu juga pada tuhan yang maha agung. Sama-samalah kita mempertingkatkan keimanan pada Allah S.W.T dan Rasulnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.