04 Ogos 2011

Apa Itu Lensa Telefoto






Rasa terpegun bercampur gerun apabila melihat fotografer memikul lensa yang begitu panjang dan besar. Sering kali saya pergi tengok bola di stadium, maka masa itulah saya berasa taksub melihat gelagat fotografer yang bertugas di tepi padang sambil memikul kamera bersama lensa panjang mereka. Sudah pasti harganya amat mahal dan semestinya hasil rakamannya begitu baik.

Justeru mari kita kenali lensa panjang-panjang ini atau lebih dikenali sebagai telefoto. Lensa jenis telefoto ini akan membenarkan anda merakam subjek yang berada jauh, misalnya aksi pemain bola di tengah padang, burung di atas dahan, harimau yang terpaksa kita rakam dari sudut jauh ataupun bintang bergemerlapan di waktu malam. Kesemua subjek ini harus menggunakan lensa telefoto supaya hasil rakaman nampak lebih dekat, jelas dan cantik.

Telefoto juga merupakan lensa yang lebih panjang dari lensa standard biasa. Namum untuk merakam portrait seperti portrait perkahwinan lensa telefoto juga amat sesuai untuk digunakan. Antara lensa yang difikirkan sesuai untuk portrait perkahwinan ialah lensa yang mempunyai fokal length 80-150mm.

Menggunakan lensa telefoto juga akan membolehkan hasil rakaman imej kelihatan lembut di bahagian latarbelakangnya iaitu dengan membiarkan latar berada dalam out of focus. Berikut adalah beberapa contoh gambar-gambar hasil lensa telefoto sebagai pengamatan bersama.

Dari Sharif Putra

Tiada ulasan: