Siapa sangka peranti seperti iPhone tidak dapat menghasilkan foto sebegini bagus pada saya. Foto ini dirakam dengan menggunakan iPhone 4 dengan mempelbagaikan scene dan variasi yang ada pada iPhone.
21 Ogos 2011
Koleksi Foto Kreatif..menarik
Segala foto kreatif ini dihasilkan oleh seorang fotografer yang bernama Sharad Haskar, bagaimanapun foto-foto ini memberikan inspirasi pada saya untuk menceburi stail atau aliran ini di suatu masa kelak.
Winner The International Photography Awards 2011
Adertising : Fashion, 1st Place Winner Peter Lipmann
Advertising: Music, 2nd Place Winner Poras Chaudhary

Advertising: Other Ad, 1st Place Winner Adam Taylor
Advertising: Product, 3rd Place Winner Adam Balcerek
Architecture: Other, 2nd Place Winner Kacper Kowalski
Book: Nature, 1st Place Winner Thorsten Milse
Book: Nature, 2nd Place Winner Alex Bernasconi
Editorial: War/Conflict, 3rd Place Winner Jorge Dirkx
Fine Art: Collage, 2nd Place Winner Dean West
Fine Art: Other, 3rd Place Winner Alex Bernasconi
Nature: First Category Winner Marsel van Oosten
Nature: Flowers, !st Place Winner Tom D. Jones
Nature, Landscapes, 1st Place Winner Mitch Dobrowner
Nature, Landscapes, 2nd Place Winner Peter Lik
Nature, Seasons, 2nd Place Winner John Scanlan
Nature, Sunset, 1st Place Winner Rafael Rojas
Nature, Sunset, 3rd Place Winner Bali & Albanese
Nature, Trees, 2nd Place Winner Alex Bernasoni
Nature, Underwater, 2nd Place Winner Chuck Bradley
Special, Moving Images, 1st Place Winner Tyler Stableford
Special, Night Photography, 1st Place Winner David Bowman
Special, Pets, 1st Place Winner Lennette Newell
18 Ogos 2011
Lensa Untuk Potret Luar
Sebagai fotografer harus menyelidik, mengkaji dan membuat penyesuaian apakah lensa yang sesuai untuk membuat rakaman potret outdor. Kesesuaian lensa akan mempengaruhi tahap kualiti dan kepuasan pada hasil rakaman anda.
Dengan mengharapkan sepenuhnya kepada kecanggihan DSLR dan kepakaran sahaja, saya fikir tidak dapat sepenuhnya mendapatkan rakaman yang bermutu. Ianya seperti memotong sayur dengan menggunakan kapak. Sayur tetap berjaya dipotong namun adakah memuaskan dan memenuhi kehendak sebenar. Justeru perlulah membuat sedikit kajian apakah lensa yang sesuai dan bertepatan untuk digunakan pada rakaman potret luar.
Antara lensa yang kerap digunakan untuk tujuan potret outdor ialah seperti 50-200mm. Lensa ini saya fikir adalah yang paling sesuai digunakan, disebabkan kepelbagaian jarak fokal yang mengisi pada bingkai potret anda. Selain itu terdapat lagi lensa yang agak bagus juga iaitu 50mm f/1.8, biarpun lensa ini dikatakan lensa bajet berharga sekitar RM300-400 namun cukup pantas untuk aperture yang maksimum dan menjadikan latar belakang potret anda bokeh. Cubalah lensa seperti 50mm ini sebagai percubaan menghasilkan rakaman potret yang luar biasa bagus.
Dari Sharif Putra

15 Ogos 2011
Khabar angin Model Terbaru Canon 5D Mark III 2012.
Canon DSLR 5D Mark III-2012
Terkini siri model terbaru Canon 5D Mark III akan menemui para peminat DSLR Canon tak lama lagi. Sebelum ini model DSLR 5D ini sering kelihatan digunakan untuk membuat rakaman video oleh kalangan mereka yang menghasilkan klip video lagu. Selain itu juga kalau tak silap saya menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa, terbitan KRU turut menggunakan model DSLR ini untuk sebahagian daripada babak filem tersebut. Justeru siri model akan datang ini sudah pasti pihak Canon memberikan impak rakaman video yang lebih mantap.
Berikut sebahagian daripada ura-ura speksifikasi 5D Mark III.
-Massive jump in dynamic range
-4:2:2 Video (No RAW)
-Big bump in battery life
Dari Sharif Putra
09 Ogos 2011
Tanjung Aru Beach Sunset
Kesempatan berkunjung ke Tanjung Aru Beach baru-baru ini sebenarnya bukanlah untuk sesi fotografi, tetapi untuk berbuka puasa. Namum sebagai salah seorang pencinta seni fotografi, rasanya serba tak kena jika tak merakam portrait atau panorama.
Sebaik sahaja tiba di destinasi, terdetik di dalam hati, masyallah cantiknya matahari hari tu, maha suci Allah yang menciptakan sesuatu yang amat indah untuk dinikmati umatnya. Tapi sayangnya saya tak membawa DSLR, terasa geram bercampur kesal kerana tak membawanya. Namum bak pepatah tak ada rotan akar pun berguna, saya gunakan peranti Blackberry saya. Dan hasilnya seperti dalam foto tersebut.
Hasil rakaman tersebut bukanlah secara kebetulan, tetapi saya terpaksa menunggu kehadiran seseorang untuk melintas betul-betul tepat mengikut komposisi yang saya hendak. Hasilnya seperti yang kalian lihat. Gambar tersebut saya olah dengan menambah sedikit efek tone supaya kelihatan lebih dramatik. Begitu juga dengan kontras warna yang sedikit saya gubah.
Dalam menghasilkan gambar yang amat bagus perlulah menitiberatkan aspek seperti subjek yang menarik, pencahayaan, komposisi dan sudut yang menarik...
Dari Sharif Putra
Langgan:
Catatan (Atom)