Sebagai fotografer harus menyelidik, mengkaji dan membuat penyesuaian apakah lensa yang sesuai untuk membuat rakaman potret outdor. Kesesuaian lensa akan mempengaruhi tahap kualiti dan kepuasan pada hasil rakaman anda.
Dengan mengharapkan sepenuhnya kepada kecanggihan DSLR dan kepakaran sahaja, saya fikir tidak dapat sepenuhnya mendapatkan rakaman yang bermutu. Ianya seperti memotong sayur dengan menggunakan kapak. Sayur tetap berjaya dipotong namun adakah memuaskan dan memenuhi kehendak sebenar. Justeru perlulah membuat sedikit kajian apakah lensa yang sesuai dan bertepatan untuk digunakan pada rakaman potret luar.
Antara lensa yang kerap digunakan untuk tujuan potret outdor ialah seperti 50-200mm. Lensa ini saya fikir adalah yang paling sesuai digunakan, disebabkan kepelbagaian jarak fokal yang mengisi pada bingkai potret anda. Selain itu terdapat lagi lensa yang agak bagus juga iaitu 50mm f/1.8, biarpun lensa ini dikatakan lensa bajet berharga sekitar RM300-400 namun cukup pantas untuk aperture yang maksimum dan menjadikan latar belakang potret anda bokeh. Cubalah lensa seperti 50mm ini sebagai percubaan menghasilkan rakaman potret yang luar biasa bagus.
Dari Sharif Putra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan