Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan

17 September 2010

Resipi Aneka Biskut


Biskut Suji Nespray
Biskut Suji

Bahan-bahan untuk menyediakan Biskut Suji ialah seperti berikut
  1. Minyak sapi 1 tin sederhana
  2. Gula 1 1/2 gelas
  3. Esen vanila 1 sudu teh
  4. Kuning telur 1 bijim
  5. Tepung gandum

Cara Penyediaan
  1. Minyak sapi, esen vanila, kuning telur digaul sehingga sebati secara keseluruhannya
  2. Masukan gula dan gaul hingga rata
  3. Masukan tepung sehingga menjadi doh
  4. Bakar pada suhu 180c selama 15 minit atau menjadi warna kuning keemasan
Sekian selamat mencuba....



29 Ogos 2010

Biskut Ulat Bulu



Bahan-Bahan:

½ cawan Mentega

2 Cawan Tepung Gandum

1 Cawan Tepung Jagung

2 Biji Kuning Telur

Sedikit Perwarna Hijau

Sedikit Perasa Pandan

Sedikit Gula Halus (ditabur ke atas biskut yang telah masak)


Untuk Inti:

1 Cawan kurma (Dicincang /dihiris halus)

Cara:
1. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung.
2. Masukkan mentega dan kuning telur, gaul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan perwarna hijau dan perasa pandan, gaul lagi sehingga rata.
4. Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit kurma cincang di dalamnya. Setelah itu bentukkan seperti ulat bulu.
5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
6. Setelah sejuk taburkan gula halus di atasnya.