29 Ogos 2010

Biskut Ulat Bulu



Bahan-Bahan:

½ cawan Mentega

2 Cawan Tepung Gandum

1 Cawan Tepung Jagung

2 Biji Kuning Telur

Sedikit Perwarna Hijau

Sedikit Perasa Pandan

Sedikit Gula Halus (ditabur ke atas biskut yang telah masak)


Untuk Inti:

1 Cawan kurma (Dicincang /dihiris halus)

Cara:
1. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung.
2. Masukkan mentega dan kuning telur, gaul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan perwarna hijau dan perasa pandan, gaul lagi sehingga rata.
4. Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit kurma cincang di dalamnya. Setelah itu bentukkan seperti ulat bulu.
5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
6. Setelah sejuk taburkan gula halus di atasnya.









1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mj...salam..nk shre resepi ya...tQ