17 September 2010

Istighfar

Istighfar

Istighfar ialah memohon ampun dari Allah s.w.t yang menjanjikan rasa tenang dan aman damai kepada mereka yang selalu mengamalkan istighfar. Aantara waktu-waktu yang mustajab untuk beristighfar ialah seperti yang berikut
1. Sepanjang hari dan malam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Bertaubatlah kami kepada Allah, kerana sesungguhnya aku sendiri bertaubat kepada-Nya tiap-tiap hari seratus hari"

2. Selepas melakukan sesuatu dosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Tidaklah seseorang hamba itu melakukan dosa, kemudian ia segera berwuduk lalu mendirikan solat dan memohon keampunan Allah atas perbuatan dosanya, melainkan Allah mengampunkannya."(Abu Daud)

3. Apabila bersurai dari seseatu majlis.
4. Di waktu hendak tidur
5. Di waktu petang ketika matahari hampir terbenam
6.Apabila masuk ke dlam masjid
7. Apabila keluar dari masjid
8.Sewaktu rukuk
9.Ketika sujud
10.Ketika duduk antara dua sujud

Tiada ulasan: