Kini Google+ telah membuka pendaftaran kepada semua yang berminat untuk mendaftar, setelah beberapa minggu memberi jemputan kepada individu tertentu.
Google+ kini telahpun mempunyai ahli seramai 10 juta sejak dari 16 hari dilancarkan. Ini merupakan satu rekod terbaik Google+ sejak dilancarkan. Dan kini setelah dibuka kepada semua, ini bermakna jumlah individu yang akan mendaftar kelak akan bertambah.
Google+ juga turut menaik taraf fungsi dan aplikasi G+ iaitu memperkenalkan permainan dalam talian dan fungsi carian secara terus melalui G+. Saya sudahpun mendaftar G+ kalian bagaimana pula.
Dari Sharif Putra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan