Post info

Label:


Comments 0


Author: Sharif Putra

Polis sahkan Sosilawati, tiga lagi mati dibunuh dan mayat dibakar




BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, hari ini. Tiga lagi individu ialah pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. - Bernama


0 ulasan:


PENGIKUT