12 September 2010

Pemandu Bas Mini Yang Samseng

Pada tanggal 12 Sept, ketika perjalanan saya bersama ahli keluarga menuju ke bandar Sandakan untuk beraya di rumah kakak ipar terdapat satu insiden yang cemas, pada mulanya perjalanan kami agak seronok dan boleh dikatakan pada ketika itu saya hanya memandu dalam kelajuan sekitar 80 hingga 90 KM. Perjalanan kami bermula dari rumah ibu mertua saya di Lahad Datu dan berhajat ke rumah kakak ipar di Sandakan. Sebaik sahaja melalui simpang 3 KK-Sandakan-Lahad Datu atau lebih dikenali sebagai Batu 32 oleh kebanyakan orang yang melaluinya, secara perlahan-lahan saya memandu dengan penuh perhatian agar tidak berlaku apa-apa insiden yang disebabkan oleh kecuaian diri. Namum semua itu hampir-hampir menjadi satu peristiwa buruk apabila sebuah Bas Mini datang meluruh dengan ringkasnya memotong secara membuta tuli atau dalam bahasa kasarnya membabi buta memotong kenderaan kami, sehinggakan kami terpaksa beralih ke bahu jalan. Situasi ini siapa pun akan jadi marah, Walhal peraturan memotong kenderaan dihadapan semestinya sudah menjadi asam garam pemandu kenderaan tersebut. Apatah lagi seorang pemandu yang membawa Bas Mini yang memiliki lesen perkhdimatan awam. Saya fikir pemandu tersebut mungkin tidak mempunyai lesen memandu yang sah, tidak mempunyai lesen memandu langsung, atau pemandu tersebut sememangnya "Banggang". Kalau nak memotong kenderaan dihadapan fikirlah dulu sebelum berbuat demikian, jangan buat dulu baru fikir itu "pemandu bodoh" namanya. Kalau sudah kenderaan berbaris panjang dan bergerak perlahan-lahan banyaklah bersabar wahai saudara, janganlah pentingkan diri sangat, tolonglah hormati pengguna jalanraya yang lain. Sikap seperti inilah saya fikir faktor penyumbang kepada kemalangan seperti yang dilaporkan menerusi ops sikap. Berikut ialah diantara gambar-gambar Bas Mini Samseng" yang sempat isteri saya ambil. Siapa yang mengenali pemilik dan pemandu bas ini tolonglah nasihatkan agar beliau berhati-hati dimasa akan datang, tolong jangan menyusahkan orang lain lagi.



Tiada ulasan: