Foto 1 : Dare to fail
Foto 2 : Let me help you my friend
Foto 3: Caterpillar
Foto 4: Musical Ceremony
Foto 5: Merentas
Salah satu cabang fotografi yang begitu menarik minat saya ialah foto makro, ianya memberikan kepuasan serta keseronokan setiap kali berjaya menghasilkan serta merakamkan karakter, perwatakan, aksi dan sebagainya pada subjek. Namun cabang foto makro ini bukanlah semudah itu pada saya, segala persiapan, pemilihan subjek serta teknik fotografi begitu dititiberatkan. Jika semua hal seperti yang disebutkan tidak diambil perhatian, sudah pasti hasil kerja akhir kurang memuaskan dan dalam erti kata lain gagal.
Bermain dengan subjek kecil, begitu menyeronokan serta memberi kepuasan pada saya. Hal ini kerana subjek kecil jarang dapat disaksikan dengan jelas, namun dengan teknik foto makro subjek kecil tadi dapat dilihat secara jelas dalam versi saiz yang lebih besar. Selain itu, saya sangat tertarik merakamkan setiap karakter, aksi dan pergerakan pada setiap subjek yang saya rakamkan, sebagai contoh ialah spesis semut kerengga. Semut kerengga begitu unik, lincah dan bijak bergaya di depan lensa, sebab itulah saya begitu tertarik dengan subjek ini. Boleh dikatakan keseluruhan hasil foto makro saya ialah berkisarkan dunia semut kerengga.
Selamat berkongsi rakan-rakan dan sahabat jurufoto sekalian, semoga apa yang saya sampaikan ini beroleh kebaikan untuk kita bersama. Sampai jumpa lagi...