Foto 1
Penulis/Fotografer bergambar dengan kenderaan utama di Bromo dan berlatar belakangkan Gunung Batok.
2- 7 Jun 2013 julung kalinya Geng Photographer telah mengadakan siri XPDC Photography yang merentasi sempadan Malaysia ke Indonesia. XPDC ini telah lama terpendam dan dirancang dengan teliti sebelum pergi menerjah bumi Bromo. Namun begitu antara niat utama yang menjadi perangsang kuat GP ke Bromo ini ialah dengan kesudiaan Pak Rarindra Prakarsa menjadi perancang aktiviti, jadual perjalanan dan semestinya tips berharga dari beliau.
XPDC kali pertama ini telah disertai oleh seramai sembilan orang fotografer, 5 orang lelaki dan selebihnya ialah perempuan. Perjalanan bermula dengan menaiki penerbangan Air Asia dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Surabaya. Dan setibanya sahaja di Surabaya, kami telah menginap di salah sebuah hotel yang mempunyai rangkaian besar di Surabaya iaitu Sinar Hotel.
Hari pertama begitu mendebarkan membuatkan semangat berkobar-kobar, rasa tidak sabar ingin menyaksikan lantas merakamkan sepuas-puasnya gunung Bromo. Namun kami perlu mengharugi perjalanan jauh dengan menaiki bas kecil Wisata kira-kira jaraknya sekitar 100-120km dari hotel penginapan kami dan memakan masa sekitar 3 hingga 4 jam. Perjalanan begitu menyeronokan ditambah lagi dengan kepelbagaian dan keunikan karakter manusia yang dapat kami saksikan sepanjang perjalanan. Masa akan datang ingin rasanya duduk minum kopi di warung berhampiran tepi jalan untuk merakamkan pelbagai detik menarik serta perilaku manusia.
Foto 2
Whispering Sand

Foto 3
Penunggang Motosikal bersama muatannya dicelah-celah antara lori dan kenderaan lain.
Foto 4
Penjual Bakso di sepanjang perjalanan ke Bromo.
Foto 5
Peniaga Bakso Rasa Cinta, kawasan sekitar Malang.
Foto 6
Perjalanan masuk ke kawasan Kampung Probolinggo, Semeru.
Bersambung nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan