Foto 1 Sudut pandang dari jeti Batangan Baru Resort
Keindahan Kampung Batangan Baru, Tuaran begitu membuatkan saya teruja dan oleh sebab itulah saya kerap kali berkunjung ke tempat ini. Untuk kali ini saya pergi untuk merakamkan panorama landskap versi moonlit dan low light. Mencari kelainan dalam pelbagai versi cuaca, musim dan termasuklah siang dan malam.
Foto 2 Batangan Baru Resort
Menyaksikan keindahan landskap menjelang moonlit di tempat ini, siapapun akan terpersona. Hal ini kerana tempat ini bukan sahaja cantik, indah dan menarik malahan juga tenang, aman dan damai. Jika berpeluang berkunjung ke resort ini, datanglah secara beramai-ramai bersama rakan-rakan fotografer sambil berkongsi idea, fikiran dan kegembiraan.
Foto 3 Tasik Batagan Baru.
Kampung ini juga terserlah keindahannya dengan kewujudan tasik yang terbentang luas disekitar kediaman penduduk kampung. Namun harus diingat sesiapa pun tidak dibenarkan memancing, memukat atau merambat kerana tasik ini telah ditaggal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan