Hai jumpa lagi, sekembalinya dari bercuti raya, perjalanan ke Kota Kinabalu saya mengambil kesempatan menerjah satu lokasi menarik di Kota Belud iaitu Kampung Tempasuk.
Pemandangan begitu menarik di lokasi ini, dengan keluasan menghijau sawah padi sejauh mata memandang, berlatarbelakangkan gunung Kinabalu yang tersergam indah, membuatkan kalian terpukau seketika.
Peluang ini saya gunakan sebaik mungkin untuk merakamkan keindahan panorama sawah dengan keadaan cuaca yang baik, sawah kelihatan kehijauan, langit membiru dan gambaran gunung yang mengasyikan. Jom saksikan
Akushatra BlackBerry®
Tiada ulasan:
Catat Ulasan