13 Jun 2012

Outing Ke Pulau Bohey Dulang


Foto 1 Pulau Bohey Dulang 


Foto 2 Tiba di Jeti Pulau Bohey Dulang

Foto 3 Mendaftar dulu sebelum memulakan pendakian

Foto 4 Pendakian yang memenatkan namun seronok

Alhamdulilah hajat selama ini, hendak berkunjung ke kepulauan indah Semporna, Akhirnya tercapai juga. Bermula dari tanggal 2-4 Jun tumpuan outing group saya tertumpu di beberapa pulau, antaranya bermula dari Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Maiga dan berakhir di Pulau Sibuan. Boleh dikatakan kesemua pulau yang kami kunjungi amat indah dan menakjubkan kepada para fotografer.

Fokus catatan kali ini ialah tertumpu di Pulau Bohey Dulang dan yang lain-lainnya akan menyusul kelak. Bermula seawal jam 5 pagi kami telah bersiap untuk menuju destinasi dan selepas sahaja sarapan pagi di Hotel Seafest, maka bermulalah kembara merentas lautan yang membiru menuju ke Pulau Bohey Dulang. Perjalanan kami dengan menaiki bot yang saya fikir begitu besar serta selesa, turut dibuai-buai ombak besar. Situasi ini tentu merisikokan kami serta peralatan kamera, namun semua itu tidak menjadi masalah kerana yang ada didalam otak masing-masing ialah keseronokan pulau yang akan kami kunjungi.

Foto 5 Lautan membiru dari Puncak

Sebaik sahaja tiba di jeti pulau ini, rasanya tidak sabar hendak merakam panorama indah pulau ini, namun kami perlu mendaftar terlebih dahulu di kaunter dan membuat pembayaran untuk guide. Untuk mendapatkan rakaman foto yang menarik, setiap fotografer haruslah merakam dari atas puncak pulau ini. Maka untuk itu perlulah mendaki bukit yang memakan masa kira-kira 50 minit dan terpaksa berhadapan dengan risiko, permukaan batu yang licin, tanah berlumpur dan kawasan belukar yang merimaskan. Tetapi semua itu terlupa seketika apabila asyik melihat pemandangan indah sepanjang pendakian ke puncak.

Tiba sahaja di puncak, hanya kata-kata syukur yang mampu dilafazkan, memang benarlah apa yang didengar dan dilihat menerusi mana-mana gambar rakan dan orang lain. Pulau ini memang begitu indah dan menakjubkan. setiap sudut penting dirakamkan dengan begitu teliti dan hasilnya seperti foto-foto yang diselitkan untuk tatapan rakan-rakan. Selesai sahaja kesemua rakaman yang saya rasakan hampir melepasi satu jam untuk berada di atas puncak, akhirnya kami terpaksa meninggalkan puncak Pulau Bohey Dulang kerana hendak bergegas lagi ke destinasi yang ke seterusnya.'

Foto 6 Selamat tinggal Bohey Dulang, jumpa lagi untuk Outing Siri 2 nanti

6 ulasan:

Richard CM berkata...

cantik betul tempat nya tu bro..

Nurr_Rahmah berkata...

subhanallah..sangat cantik. ada lagi outing siri 2 ke? teringin nak join jika berkesempatan.

putrasharif@gmail.com berkata...

RCM: tqvm tuan, lain kali boleh terokai sama2 kan

putrasharif@gmail.com berkata...

NK: terima kasih saudari, ya dipersilakan menyertai trip Outing siri 2 nanti, mungkin hujung th ni

Tanpa Nama berkata...

berapa bayaran yang kena bayar untuk guide?

putrasharif@gmail.com berkata...

Tanpa Nama: Boleh bg detail info diri kamu..sorry sya x dpt info nama dsb ttg kamu..