Foto 1 Sawah Padi dan Mt Kinabalu dari Kota Belud
Foto 2 Selamat Pagi dari Sawah Kota Belud
Foto 3 Suasana tenang dan menghiburkan
Foto 4 Sebahagian relung sawah diusahakan dan sebahagian masih belum terusik
Bermula dari jam 5.00am, saya sudah siap sedia di lapangan sementara menunggu terbitnya mentari, ini merupakan peluang yang agak lama saya nantikan untuk merakamkan fenomena pagi di desa seindah sawah padi Kota Belud.
Panorama kali ini amat indah dipandang, namun jika dapat diabadikan menerusi gambar, lagi molek dan nostalgia. Terbitnya mentari yang kekuningan menampakan pula kehijauan sawah padi yang berlatar belakangkan gunung Kinabalu yang samar-samar mempersona.
Sayangnya saya tidak berpeluang merakamkan aksi dan kelibat para pesawah pada sesi rakaman kali ini. Agak puas juga menanti kehadiran mereka, namun nasib tak menyebelahi saya, kerana ketika rakaman tersebut, para pesawah lewat turun sawah atau tengah cuti.
4 ulasan:
wahh...da lama teringin nk membajet model kat sawah pakai baju kebaya. wakak.
menariklah ... gunung kat background tu nampak mcm di alam fantasi =)
Tq adrenalina saat ni la di tunggu sekian lama, akhirnya dpt jg sya rakamkan..
Cik chinta..tq..nanti kawin panggil sya sbg fotografer, buat outdoor d sawah..he2
Catat Ulasan