06 Februari 2012

Facebook, Gambar Yang Telah Dipadam Masih Boleh Diakses

Fenomena dunia masa kini sibuk dengan pelbagai rangkaian sosial, sibuk dirumah,sibuk dikereta, sibuk di tempat kerja dan segalanya sibuk dengan semua ini. Apa sahaja aktiviti dan program kalau boleh semuanya dilonggkan dan dipamerkan di dalam Facebook. Termasuklah gambar-gambar sulit, dedah paha,betis, buah dada, punggung dan segalanya terdedah.

Kini menjadi ketakutan kepada semua pemilik akaun Facebook yang bersifat keterlaluan sehinggakan memuat naik gambar-gambar panas mereka dan apabila dirasakan kurang sesuai atau sebagainya langsung dipadam. Tetapi melalui ujian yang dilakukan oleh ArsTechnica, gambar yang telah dipadam 3 tahun lepas, masih boleh diakses sehingga ke hari ini. Ini bermakna gambar-gambar panas yang sebelum ini telah dipadam masih boleh diakses dan disalahkan gunakan oleh sesiapapun...bahayanya wahana Facebook, tu pasal hati-hati upload gambar-gambar sedara

Tiada ulasan: