Post info


Comments 2


Author: Sharif Putra

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan pengantin, semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat. Terima kasih juga diucapkan kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai fotografer rasmi majlis resepsi kalian.

Bercerita mengenai prospek kerja rakaman, sememangnya menyeronokan, namun memenatkan, mujurlah sepupu saya yang juga seorang fotografer banyak membantu dari pelbagai aspek seperti idea dan skill. Pengalaman menarik yang pasti dialami oleh setiap fotografer perkawinan ialah aksi posing pada pengantin, tujuannya mudah iaitu untuk mewujudkan suasana yang bermakna dan memberi sentuhan nostalgia pada gambar.

Dalam hal ini alhamdulillah telah dapat dilaksanakan dengan baiknya. Terima kasih pasangan pengantin yang cool dan mampu berposing dengan menarik di depan kamera.

2 ulasan:


PENGIKUT