Post info

Label:


Comments 2


Author: Sharif Putra

Foto 1.Mentari Muncul Lagi
Canon EOS 60D, 1/800s, f/5.6,ISO 100 

Dikala mentari muncul lagi, saat inilah yang dikatakan 'golden hour' atau 'waktu keemasan' untuk merakamkan peristiwa alam yang mengasyikan. Namum keterbatasan masa yang terhad sekitar 3-4 minit ini menuntut seseorang fotografer itu cekap,cepat,tepat dan mantap supaya saat keemasan ini dapat dirakamkan dengan sebaiknya, yang paling penting menakjubkan. Sebagai fotografer, saya yakin bukan sahaja tugasnya sekadar merakam sesuatu perkara, peristiwa atau kejadian, tetapi juga foto yang dihasilkan haruslah mempunyai maksud yang tertentu. Mata yang memandang juga berasa taksub dan terhibur.


Foto 2. Menjelang Mentari
Canon EOS 60D,1/3s,f/4.0,ISO100

Merujuk kepada kedua-dua foto tersebut, ianya berlainan waktu dan penggunaan tonenya juga berlainan. Saya cuma inginkan kelainan tone pada hasil rakaman saya, supaya ianya tak membosankan. Kemudian untuk merakam panorama sebegini saya terpaksa bergerak awal dari rumah sekitar jam 5 subuh supaya dapat membuat tinjauan, sudut mana yang saya hendak rakam, dan paling penting perubahan pada setiap saat suasana panorama dari suasana kegelapan hinggalah mentari muncul. Untuk makluman lokasi landscape ini ialah bertempat di Jambatan Mengkabong Tuaran, perjalanan 30km dari Bandaraya Kota Kinabalu

2 ulasan:


PENGIKUT