Kesempatan Kembara Alam memberi peluang dan keuntungan buat saya abadikan panorama sebegini indah. Lokasi salah sebuah kepulauan di Sandakan Sabah.
25 November 2011
19 November 2011
Lensa Sesuai Untuk Shooting Potret Luar
Saya fikir lensa yang boleh dikategorikan sebagai lensa bersesuaian untuk kegunaan rakaman potret luar ialah lensa 50-200mm. Lensa ini merupakan telefoto zum dan paling sesuai untuk kerja luar bagi mereka yang menggemari potret. Kenapa lensa ini sesuai, hal ini kerana ialah kepelbagaian jarak fokal yang menjadikannya amat baik untuk merakam potret. Namum begitu terpulanglah kepada diri masing-masing lensa apakah yang sesuai untuk korang kan.
Satu lagi lensa yang amat bagus untuk merakam potret ialah lensa bajet 50mm f/1.8 yang cukup pantas untuk aperture maksimum dan menghasilkan background bokeh. Lensa ini amat sesuai untuk pemula sebagai fotografer
14 November 2011
Panorama Sungai Mengkabong
Foto 1.Mentari Muncul Lagi
Canon EOS 60D, 1/800s, f/5.6,ISO 100
Dikala mentari muncul lagi, saat inilah yang dikatakan 'golden hour' atau 'waktu keemasan' untuk merakamkan peristiwa alam yang mengasyikan. Namum keterbatasan masa yang terhad sekitar 3-4 minit ini menuntut seseorang fotografer itu cekap,cepat,tepat dan mantap supaya saat keemasan ini dapat dirakamkan dengan sebaiknya, yang paling penting menakjubkan. Sebagai fotografer, saya yakin bukan sahaja tugasnya sekadar merakam sesuatu perkara, peristiwa atau kejadian, tetapi juga foto yang dihasilkan haruslah mempunyai maksud yang tertentu. Mata yang memandang juga berasa taksub dan terhibur.
Foto 2. Menjelang Mentari
Canon EOS 60D,1/3s,f/4.0,ISO100
Merujuk kepada kedua-dua foto tersebut, ianya berlainan waktu dan penggunaan tonenya juga berlainan. Saya cuma inginkan kelainan tone pada hasil rakaman saya, supaya ianya tak membosankan. Kemudian untuk merakam panorama sebegini saya terpaksa bergerak awal dari rumah sekitar jam 5 subuh supaya dapat membuat tinjauan, sudut mana yang saya hendak rakam, dan paling penting perubahan pada setiap saat suasana panorama dari suasana kegelapan hinggalah mentari muncul. Untuk makluman lokasi landscape ini ialah bertempat di Jambatan Mengkabong Tuaran, perjalanan 30km dari Bandaraya Kota Kinabalu
08 November 2011
Potret Cute
Foto 1
Foto 2
Saya meminati cara dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan karya ini. Paling penting saya fikir ialah idea yang telah dipraktikan sehinggalah foto ini kelihatan begitu menarik. Namum foto asal ini bukanlah milik saya tetapi milik yang menggelarkan diri mereka dengan nama Mr Ruddie Khaw dan Mr Snap. Tugas saya hanya merakamkan semula foto ini dengan dengan sedemikian rupa.
Light Trails Kota Kinabalu
Foto 1
Foto 2
Foto 3
Alhamdulillah dan syukur rezeki menyebelahi saya pada malam ketika outing Light Trail kali ini. Rancangan untuk merakam panorama malam sebegini telah lama dibuat, namum akibat faktor cuaca yang tidak mengizinkan maka terpaksalah niat tangguhkan buat seketika. Namum peluang terhidang kali ini saya pergunakan dengan sebaiknya. Dan hasilnya meskipun tidak seberapa berbanding otai-otai yang lain, ianya tetap memberi kepuasan pada saya. Lokasi rakaman ini berhampiran dengan jalanraya Airport Kota Kinabalu(KKIA) dan betul-betul berhampiran dengan kawasan trajedi Kereta Api berlanggar dengan lori tangki baru-baru ini.
06 November 2011
Trip Outing Ke Pulau Jambongan
Foto 1: Tiba di Pulau Jambongan
Foto 2: Kebetulan terserempak dengan spesis burung itik laut
Keseronokan outing ke destinasi menarik Kepulauan Jambongan yang terletak nun jauh di sebelah timur negeri Sabah amat mengasyikan. Bagi mereka yang menggemari fotografi, tempat inilah salah satu lokasi yang menarik. Rasanya memang tak sabar, kalau boleh semua tempat, suasana dan detik akan dirakamkan. Terima Kasih warga Pulau Jambongan yang bagus-bagus belaka.
05 November 2011
Canon Perkenalkan Kamera Cinema C300
Baru-baru ini pihak Canon telah melancarkan buat julung kalinya kamera yang berunsurkan rakaman secara khusus. Model kamera Cinema C300 telah dilancarkan di Paramount Studios Hollywod dan disaksikan oleh ratusan wartawan serta para pengiat filem kreatif.
Bagi mereka yang minat dan sedang berkecimpung dalam seni filem, kamera C300 adalah pilihan yang bagus, meskipun tidak lagi setanding dengan kamera cinema seperti Arri Alexa atau Red Epic, namum ianya amat berbali dan menarik.
Sedikit info yang diperolehi berkaitan C300 ialah terdiri daripada beberapa model. Iaitu 14.5-60mm dan 30-300mm. Kesemua lens tersebut dilengkapi tiga EF prime dengan variasi ukuran 24mm,50mm dan 85mm. Manakala CMOS sensor pula ialah beresolusi 1920 X 1080 pixels. Dari segi harga mungkin dalam sekitar $20.000 dan boleh diperolehi dipasaran pada januari 2012, di Malaysia tak tau plak bila.
Langgan:
Catatan (Atom)