Salam sejahtera khasnya untuk para follower blog saya. Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjadi rakan dan sahabat blogger. Saya amat teruja bila melawat dan meneliti setiap kandungan, cerita, dan pandangan di setiap blog rakan-rakan sekalian. Terasa kecil rasanya bila saya bandingan dengan blog sedara dan sedari sekalian. Kembali kepada tread utama iaitu Testmonial Canon 60D with Lens Tamron 90mm. Ni kira sesi percubaan la saya sedang buat masa ni..ampun maaf kalau hasil fotonya kurang memuaskan, saya pasti lama kelamaan perubahan akan berlaku dari segi pengendaliaan 60D ini bersama corong lensa 90mm. Saya fikir jika menggunakan kekuatan lengan semata-mata untuk memberi fokus pada subjek kurang enak la. Gegaran pasti akan berlaku dan semestinya hilang titik fokus pada subjek. Jadi cadangan penyelesaiannya ialah menggunakan Tripod atau mungkin lebih mudah menggunakan Monopod. Pastinya foto akan lebih sharp, clear n mengancam.
Tetapi menggunakan tripod atau monopod sedikit kesulitan akan dihadapi. Mungkin subjek akan berasa cemas, takut, terancam dan pastinya akan cabut. Jadi terpulanglah kepada diri sendiri sama ada selesa menggunakan bahan bantuan seperti tripod atau hanya bersandarkan kekuatan lengan. Sedikit pengalaman saya nak kongsikan, setelah menceburi dunia fotografi ni, saya rajin buat senaman ringgan sekali atau dua kali dalam seminggu. Apa dia tu?...saya akan buat latihan tekan tubi dan bangkit tubi. Tujuannya ialah untuk mengguatkan otot di bahagian lengan, siku, bahu dan lutut. Apabila otot-otot yang disebutkan tadi kukuh dan punyai stamina ini akan membuatkan saya rasa selesa membawa, mengangkat dan membedik button kamera tanpa gegaran. Masa ni gambar akan kelihatan sharp dan kurang nose. Rasanya banyak lagi tips yang lagi hebat-hebat dari sedara-sedara sekalian, justeru sudilah kiranya berkongsi dengan saya.
Sebarang komen, teguran dan saranan amatlah saya alu-alukan demi memperbaiki skill dan kualiti foto saya. Maaf sekiranya ada info yang kurang tepat dan jelas.
Info: Lokasi outing Jambongan Island Forest
4 ulasan:
cun abis bos. aku try focal length 270mm x dpt pun challenge ketelitian macro lens
Ha2..sekadar mau belajar n mencuba ni bos, arap2 semakin baik hasilnya
cantik pic2 makro ni..superb. ni kena guna lens makro ye? wah kena buat latihan juga ni..sbb sakit bahu mengangkat gear hehe.
Ya sahabat blogger Nurr..sya tengah praktikan ilmu makro dng tamron 90mm, entah la jd ka tidak..x yah buat latihan fizikal pun ok jg tp kena rajin la pikul tripod he2..
Catat Ulasan