27 Ogos 2010

Fakta Sejarah Kemerdekaan

Pengistiharan Kemerdekaan 31 Ogos 1957

Pada malam 31 Ogos 1957, bertempat di Padang Kelab Selangor, orang ramai datng dan berkumpul beramai-ramai untuk menantikan detik 12.00 tengah malam. Detik 12.00 tengah malam tersebut adalah detik yang dinanti-nantikan oleh seluruh rayat Tanah Melayu. Detik tersebut adalah merupakan detik yang amat bersejarah kepada Tanah Melayu iaitu menandakan berakhirnya penjajahan di negara kita.

Sebelum pengistiharan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 dibuat, tepat pada pukul 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, upacara penurunan Bendera Union Jack telah diadakan di Padang Kelab Selangor. Pada saat bendera Union Jack diturunkan suasana ketika itu sunyi sepi. Kemudian sejurus selepas itu bendera Persekutuan Tabah Melayu telah dinaikan. Sesungguhnya peristiwa bersejarah tersebut telah disaksikan oleh seluruh rakyat Tanah Melayu pada ketika itu. Dan dengan ini semangat patriotik mereka amat tinggi disamping berasa bangga dengan pengistiharan kemerdekaan tersebut.

Tiada ulasan: