Kalau mau tinguk Gunung Kinabalu ada kembar, hanya boleh disaksikan di kampung ini saja. Jadi kalau kamurang minat, suka tinguk gunung, gambar gunung, mandi sungai dan berehat, datanglah ke kampung Tambatuon,Kota Belud. Kalau ada mau tanya, boleh inbox ja ya..tidak sempat tulis panjang-panjang ni kali.
05 Januari 2020
Langanan Waterfall,Ranau-Sabah
Footage Langanan Waterfall, Hot Spring,Ranau. Yang kuat hiking dan suka menggambar sambil mambuat footage, tempat ini bagus untuk anda. Tapi mau tau juga dia punya stok pacat, boleh tahan
Menarik Di Kudat
Apa yang menarik di Kudat-Sabah. Wow...mesti ramai mau tahu apa yang menarik di Kudat ini. Ada pantai ka, ada sungai ka, ada pulau ka. Semua itu mesti menjadi bualan dan misi pertanyaan dengan uncle google.
Pantai Kelambu adalah satu kawasan pulau kecil. Yang uniknya pulau ini mempunyai dua pantai dan dua lautan terbentang luas. Iaitu laut China Selatan dan Laut Sulu. Pantainya pun memang cantik dan bersih. Boleh mandi laut, boleh berenang dan menyelam sekali sambil memerhatikan keunikan batu karang dan spesies ikan.
Jarak dan masa perjalanan dari pusat bandaraya Kota Kinabalu. 187km dan memakan masa kira-kira 3 jam 6 minit dan paling senang aktifkan saja Pakcik Waze atau Makcik GM supaya tidak sesat.
Bayaran masuk, setakat ini masih percuma, cuma kalau masuk tempat berbayar, silakan bayar contohnya penggunaan tandas. Restoran atau gerai makan, masih belum ada dan perlulah bawa sendiri makanan dan minuman.
Bersebelahan dengan Pantai Kelambu terdapat satu resort mewah iaitu Riviera Resort. Anda boleh menginap dan berseronok di tempat itu. Tapi harga penginapan di resort tersebut boleh tahan, boleh koyak poket.
Langgan:
Catatan (Atom)