Foto 1 Sunrise Sawah- Kg Sangkir
Kampung Sangkir Kota Belud, begitu indah dan mempersona untuk apa-apa aktiviti fotografi. Lokasi ini terletak sedikit ke dalam perkampungan dan untuk sampai ke lokasi ini perlu melalui beberapa cabang jalanraya yang sedikit mengelirukan. Namun bagi yang sudah pernah sampai ke tempat ini pasti tidak akan sesat dan melupakan segala pengalaman manis yang dilalui ketika berada di sini.
Foto 2 Sunrise Kg Sangkir dengan kesan Reflection
Destinasi ini begitu bermakna dan menjadi kegemaran untuk aktiviti fotografi saya. Boleh dikatakan telah banyak kali saya berkunjung ke tempat ini, sama ada bersendirian dan berkumpulan. Menariknya tentang tempat ini ialah sudut pandang yang baik untuk merakamkan keindahan Gunung Kinabalu dan kawasan permukaan sawah padi yang boleh menghasilkan kesan pantulan yang begitu dramatis. Selamat Datang Ke Destinasi Pelancongan Fotografi Kampung Sangkir. Dan jika berminat bolehlah menyertai setiap kali saya mengadakan XPDC Photography ke tempat ini.
Foto 3 Kg Sangkir Milky Way.