Memaparkan catatan dengan label Macro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macro. Papar semua catatan

02 September 2013

Planet Macrography

Foto 1 : Dare to fail

Foto 2 : Let me help you my friend

Foto 3: Caterpillar 

Foto 4: Musical Ceremony

Foto 5: Merentas 


Salah satu cabang fotografi yang begitu menarik minat saya ialah foto makro, ianya memberikan kepuasan serta keseronokan setiap kali berjaya menghasilkan serta merakamkan karakter, perwatakan, aksi dan sebagainya pada subjek. Namun cabang foto makro ini bukanlah semudah  itu pada saya, segala persiapan, pemilihan subjek serta teknik fotografi begitu dititiberatkan. Jika semua hal seperti yang disebutkan tidak diambil perhatian, sudah pasti hasil kerja akhir kurang memuaskan dan dalam erti kata lain gagal.

Bermain dengan subjek kecil, begitu menyeronokan serta memberi kepuasan pada saya. Hal ini kerana subjek kecil jarang dapat disaksikan dengan jelas, namun dengan teknik foto makro subjek kecil tadi dapat dilihat secara jelas dalam versi saiz yang lebih besar. Selain itu, saya sangat tertarik merakamkan setiap karakter, aksi dan pergerakan pada setiap subjek yang saya rakamkan, sebagai contoh ialah spesis semut kerengga. Semut kerengga begitu unik, lincah dan bijak bergaya di depan lensa, sebab itulah saya begitu tertarik dengan subjek ini. Boleh dikatakan keseluruhan hasil foto makro saya ialah berkisarkan dunia semut kerengga.

Selamat berkongsi rakan-rakan dan sahabat jurufoto  sekalian, semoga apa yang saya sampaikan ini beroleh kebaikan untuk kita bersama. Sampai jumpa lagi...

02 Julai 2013

Koleksi Foto Makro Aku

Foto 1 The Ant of King Scorpion

 
Foto 2 Mission Imposible, Life or death. 

Foto 3 Santai 

Foto 4 Work Hard

Foto 5 Dark Hunter

Sudah jarang-jarang nampaknya saya mengemaskini dan menambah koleksi cerita dalam blog ini, asyik sibuk dengan arus media yang lain, lebih ringkas, pantas dan mudah dikendalikan. Dengan blog ianya memerlukan masa dan komitmen supaya cerita yang dikongsikan tidak memboringkan. Kali ini saya kongsikan beberapa foto makro yang saya rakamkan di beberapa tempat dan masa. Ssampai ke temu lagi....

13 Jun 2011

Outing Taman Bukit Tawau-Sabah

Kesempatan yang ada akhirnya dapat jugalah saya menjejakan kaki ke daerah Tawau, khususnya ke Taman Bukit Tawau. Destinasi ini memang menarik sekali untuk aktiviti reakreasi seperti mandi manda, berjalan merentas hutan yang kaya dengan flora dan fauna. Namum entri kali ini saya cuma nak share hasil rakaman pada spider yang cute ini. Saksikanlah hasil rakaman yang tak seberapa ini.

Foto 1# Canon 60D, 1/100 sec, f/3.5mm,ISO100 + Tamron 90mm

Foto 2# Canon 60D, 1/100 sec, f/3.5mm, ISO100 + Tamron 90mm

 Foto 3# Canon 60D, 1/100 sec, f/5.6mm,ISO100 + Tamron 90mm

Foto 4# Canon 60D, 1/100 sec, f/3.5mm, ISO100 + Tamron 90mm

06 Jun 2011

Sea Life Macro Shot

Kali ini saya nak memaparkan hasil rakaman makro saya kepada rakan-rakan sekalian, sebagai bahan nak dikongsi dan komen dari kalian yang berminat dengan dunia seni fotografi.

Foto 1# Canon 60D The Snails, 1/250 sec, f/10, ISO100

Foto 2# Canon 60D The Shells, 1/250 sec, F/10, ISO100

Foto 3# Star Fish. Canon 60D, 1/200 sec, F/16.0,ISO100

09 April 2011

Tips Macro Shot

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Saya amat menggemari gambar-gambar dari macro terutamanya yang bertemakan serangga yang halus. Sebabnya ialah agak jarang kita melihat dunia sekecil dan sehalus serangga dengan mata kasar. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah melihat menerusi lensa macro sahaja, kemudian transfer ke ruangan komputer ataupun print sahaja. Tetapi adakah anda diluar sana mengetahui bagaimana photographer berjaya menghasilkan gambar-gambar macro ini. Bagi yang sewaktunya dengannya iaitu seorang photographer yang menceburi bidang macro shot sudah pasti bersetuju dan berkongsi pendapat, rasa dan idea dengan saya. Mari kita kongsikan tips macro shot menerusi blog ini, dengan harapan ilmu sesama kita bertambah-tambah hendaknya.

Kebanyakan serangga seperti pepatung(dragonflies),rama-rama(butterflies),lalat dan belalang misalannya, sedikit kesukaran akan dihadapi oleh kalangan begginer, mungkin dari segi skill dan ilmu yang masih di tahap begginer menyukarkan mereka untuk merakam imej pepatung atau rama-rama. Namum begitu di kalangan photographer yang bertaraf Pro seperti Matt Cole(http://www.mattcolephotography.co.uk/) mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk merakam imej pepatung dan rama-rama ini. Pada beliau untuk merakam imej subjek ini photographer haruslah mempunyai sikap bertenang, bersabar dan berhati-hati ketika mendekati subjek ini. Setiap pergerakan yang agresif akan mempengaruhi respons kepada subjek, jika subjek berasa terancam dengan pergerakan photographer yang terlalu agresif, sudah pasti ia akan terbang dan jawapannya ialah gagal. Maka dengan itu cubalah bersikap cool, steady dan berhati-hati mendekati subjek ini. Cuba alahkan muncung lensa anda secara perlahan-lahan ke arah subjek dan subjek lama kelamaan akan berasa tenang dan mesra dengan anda. Saya sudahpun mempraktikan cara ini setiap kali merakam imej pepatung ,rama-rama dan ada berbagai lagi . Dan hasilnya ialah seperti berikut.

Foto 1# Canon 400D+Tamron 90mm. 1/10s, at f/5.0 ISO 100

Foto 2# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/160s,at f/18, ISO 100.

Foto 3# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/80s, at f/2.8 ISO 100

Foto 4# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/400s, at f/5.6 ISO 400

Foto 5# Canon 400D+Tamron 90mm, 1/60s, at f/5.0 ISO 100

Merakam imej macro seperti serangga ini memerlukan stamina dan kekuatan pada bahagian lenggan dan kekuda kaki kita. Jadi bagi mereka yang mempunyai minat untuk menceburi bidang macro shot ini bersedialah dengan tips-tips yang bermanfaat ini. Sebarang perkongsiaan dan idea saya selalu bersikap terbuka kepada semua rakan-rakan.

01 April 2011

Favourite PhotoShot

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Buat ke sekian kalinya bertemu lagi dalam ruangan maya tidak bernyawa ini. Namum hajat dan ispirasi kita mungkin adalah sama. Maksud saya photographer yang empunya kreativiti dan cerita serupa dengan saya. Penghasilan karya berfoto kali ini yang membawakan tajuk Favourite PhotoShot iaitu beberapa siri kembara foto yang telah saya lalui sehinggalah ke destinasi kepulauan di Sabah. Banyak lagi sebenarnya destinasi cool dan menawan khususnya di Sabah belum saya terokai. Antaranya misi yang belum terjawab ialah pulau Sipadan, Ligitan dan Mabul. Insyallah disuatu masa kelak akan saya tawan destinasi bertaraf dunia ini. Mari kita layan sejenak hasil karya yang tidak sepertinya ini. 

Photo 1# Exif Info Exposure 5 sec, at f/4.5, ISO 100 Camera EOS DSLR 400D.
Camouflage : This photo was created with the idea of spontaneous.Still have aesthetic value for me. Elements of interest lies in the shadow of the subject.


Photo 2# Exif Info Exposure 1/100 sec, at f/2.8, ISO 100 Camera DSRL 400D with Tamron 90mm.
Grasshopper : To take photos of subject is a bit tedious. I have to be patient, calm, tired and the result is quite good. 

22 Januari 2011

HOT SHOOT SPECIAL

Foto-foto ini tidaklah sebaik mana seperti menyentuh pada aspek tajuknya, itu cuma gimik sahaja. Namum usaha tetap ada untuk memperbaiki selalu kepelbagaian teknik, stail, dan oldig. Sebagai perkongsiaan dengan rakan-rakan photographer, saudagar pengunjung yang meminati dunia halus ini dan orang perseorangan di luar sana. Demikianlah persembahan dari saya dari mata turun ke hati dengan rakan baik saya si 60D.

Shoot 1
1/400, f/1.8 ISO100 EF 50mm

Shoot 2
1/250, f/10 ISO100 EF 50mm


Shoot 3
1/400, f/10 ISO100 EF 28-105mm

26 Disember 2010

Kundasang Memorial Park

Beberapa hari lepas terlaksanalah sudah siri jelajah beberapa buah tempat yang termasuk dalam list trip saya untuk sesi Klik-klik. Salah satu lokasi menarik saya kunjungi ialah Kundasang Memorial Park. Dan kesempatan tersebut dapatlah klik2 subjek Spider yang cantik ni dengan menggunakan corong lensa Tamron 90mm serta mesin Canon 60D . Saksikanlah hasil yang tak seberapa ini.

Foto 1 Spider

Foto 2 Spider


Foto 3 Black Spider

21 November 2010

Tamron 90mm present...

Kesempatan kali ini membuatkan saya berjaya mempotret subjek yang jarang sekali berpeluang seperti kali ini. Namum kesempatan tersebut hanyalah kira-kira 30 saat dan bukannya 30 minit. Bagaimanapun hasil foto tidaklah mengecewakan  sangat. Satu kesilapan yang saya tak sengajakan ialah tersilap mengambil dan memasang lensa, sepatutnya saya menggunakan lensa Canon70-300mm tetapi terpasang la pula lensa Tamron 90mm khas untuk mengambil foto macro. Mulanya memang kelangkabut juga dibuatnya, mahunya tidak nak tukar lagi lensa, subjek bila-bila masa akan terbang. Akhirnya tiada pilihan selain terus mengambil foto dengan lensa khas untuk macro. Dan hasilnya bolehlah memuaskan hati dan seperti gambar-gambar tersebut.
Shot 1

Shot 1 hanya memberi tumpuan kepada kuku subjek sahaja untuk melihat kelainan dari pelbagai komposisi.

Shot 2

Fokus hanya pada Paruh subjek dan ini juga bertujuan untuk memberi kelainan dari sudut pandangan biasa. Pada awal shooting sukar untuk memberi fokus kepada sasaran utama iaitu paruh, namum setelah memberi ketenangan kepada subjek akhirnya subjek berdiam diri memberi laluan untuk sesi shooting. Kesemua foto yang diambil tidak menggunakan tripod langsung, cuma menggunakan kekuatan lengan, kemantapan lutut dan sedikit masa diambil untuk menahan pernafasan supaya tiada gegaran pada kamera.

Shot 3

Kali ini tumpuan diberikan kepada bahagian mata subjek sahaja. Sebabnya dari petua para sifu, jika mempotret apa juga subjek hidup bagilah keutamaan pada bahagian mata, kerana dari mata akan memberi banyak makna, ekspresi dan mood.

Shot 4

Dan kali ini pula tumpuan telah diberikan kepada muka subjek. Siapakah gerangannya subjek ini. Untuk mendapatkan hasil seperti ini saya beringat kepada hint "Segi Tiga Emas", "Golden Triangle" iaitu Aperture,ISO dan Shutter Speed. Ketiga-tiga hal ini haruslah difahami supaya hasil foto kelak mengikut kehendak kita dan memuaskan hati. Untuk melihat hint STE Shot 4 boleh lihat pada frame foto tersebut. Saya pasti rakan-rakan, lagi jauh lebih bagus dari saya, justeru saya cuma ingin berkongsi dan bukannya untuk berlagak. Ampun maaf dipohon tiada niat langsung.

Shot 5

Akhirnya saya mesti megambil potret keseluruhan subjek. Bagus juga subjek ini ketika saya mempotret masih setia dan kurang agresif. Dan paling penting subjek tak angkat kaki, kalau tak kepunanlah jadinya.

03 November 2010

Testmonial Canon 60D with Lens Tamron 90mm

Salam sejahtera khasnya untuk para follower blog saya. Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjadi rakan dan sahabat blogger. Saya amat teruja bila melawat dan meneliti setiap kandungan, cerita, dan pandangan di setiap blog rakan-rakan sekalian. Terasa kecil rasanya bila saya bandingan dengan blog sedara dan sedari sekalian. Kembali kepada tread utama iaitu Testmonial Canon 60D with Lens Tamron 90mm. Ni kira sesi percubaan la saya sedang buat masa ni..ampun maaf kalau hasil fotonya kurang memuaskan, saya pasti lama kelamaan perubahan akan berlaku dari segi pengendaliaan 60D ini bersama corong lensa 90mm. Saya fikir jika menggunakan kekuatan lengan semata-mata untuk memberi fokus pada subjek kurang enak la. Gegaran pasti akan berlaku dan semestinya hilang titik fokus pada subjek. Jadi cadangan penyelesaiannya ialah menggunakan Tripod atau mungkin lebih mudah menggunakan Monopod. Pastinya foto akan lebih sharp, clear n mengancam.


Tetapi menggunakan tripod atau monopod sedikit kesulitan akan dihadapi. Mungkin subjek akan berasa cemas, takut, terancam dan pastinya akan cabut. Jadi terpulanglah kepada diri sendiri sama ada selesa menggunakan bahan bantuan seperti tripod atau hanya bersandarkan kekuatan lengan. Sedikit pengalaman saya nak kongsikan, setelah menceburi dunia fotografi ni, saya rajin buat senaman ringgan sekali atau dua kali dalam seminggu. Apa dia tu?...saya akan buat latihan tekan tubi dan bangkit tubi. Tujuannya ialah untuk mengguatkan otot di bahagian lengan, siku, bahu dan lutut. Apabila otot-otot yang disebutkan tadi kukuh dan punyai stamina ini akan membuatkan saya rasa selesa membawa, mengangkat dan membedik button kamera tanpa gegaran. Masa ni gambar akan kelihatan sharp dan kurang nose. Rasanya banyak lagi tips yang lagi hebat-hebat dari sedara-sedara sekalian, justeru sudilah kiranya berkongsi dengan saya.

Sebarang komen, teguran dan saranan amatlah saya alu-alukan demi memperbaiki skill dan kualiti foto saya. Maaf sekiranya ada info yang kurang tepat dan jelas. 

Info: Lokasi outing Jambongan Island Forest

02 November 2010

Terjah...1 Borneo Wildlife

Sesi menerjah ke 1 Borneo Wildlife semestinya menyeronokan. Tidak perlu lagi pergi masuk jauh nun kedalam hutan belantara, tetapi hanya membayar sekitar RM5-RM10 sudah dapat menyaksikan pelbagai spesis haiwan. Kali ini saya cuma sempat selitkan beberapa foto haiwan yang saya anggap comel dan boleh menjadi santapan mata kawan-kawan sekalian...Untuk mengambil foto subjek ini saya menggunakan kebolehan Lens Tamron 90mm dengan gandingan Canon 400D




14 Oktober 2010

Outing Jambongan Island

Through my Lens


Detik mengetik subjek bersaiz kecil ni, sememangnya satu kepuasan yang menyeronokan, entahlah kenapa begitu, tetapi bagi saya inilah sebenarnya seronoknya sebagai fotographer. Meskipun baru berkecimpung sebagai fotographer semenjak dari tahun 2006 tetapi saya tetap merasakan yang saya masih ketandusan ilmu lagi sebagai fotographer. Terkadang malu juga meminjam istilah fotographer ni, silap haribulan bikin malu company ja. Ya sememangnya begitu la lumrahnya, sebaiknya hasil kerja atau foto yang dihasilkan dapat menggambarkan hasil kerja seorang fotographer dan bukannya setakat fotografi. Mulanya pening juga memikirkan apa sebenarnya beza antara fotographer dan fotografi. Sekarang saya sudah mula memahami setelah hampir 5 tahun mengiatkan diri dengan dunia menyeronokannya ini. Namum begitu tak salah mencuba mengetik seberapa banyak pun yang kita suka dan nilaikan sendiri dengan membuat perbandingan dengan fotographer yang lain. Dalam ruangan kali ini saya berkongsi beberapa foto macro yang sempat saya selitkan  dengan rakan-rakan, follower blog saya dan sesiapa pun yang meminati dunia fotografi...maafkan saya andai ada yg perlu diperbetulkan...wslm


08 Oktober 2010

Stunning Macro Photography


Macro Photography

Canon EOS400D, Tamron 90.0mm Lens,Manual Focus, f1/200, ISO100

Stunning Macro Photography...memang syok bunyinya tapi bidang photography ni memang agak mencabar, perlukan segala-galanya kemahiran, meskipun saya ni tak lah sehebat mana seperti photographer yang sudah pro dalam bidang ini, tetapi izinkan saya mempelajari teknik ni, dan inilah sebahagian hasil yang saya perolehi. Saya dapat pelajari dan cuba praktikan , antaranya kemestian mana-manapun photography sifat kesabaran adalah aspek penting dalam dunia macro. Jika gopoh dan gelojoh subjek akan berasa takut, terkejut dan semestinya angkat kaki, so rugilah tak dapat ambek apa-apa. Sebaliknya jika kita bersabar sedikit, lama kelamaan subjek akan berasa mesra dan tidak lagi menghiraukan kehadiran kita. Tips berguna untuk semua kaum photographer "jadilah seperti lebah yang menghisap madu pada bunga-bunga tetapi pandai mengenang jasa lalu tidak merosakan bunga itu walau sedikitpun"  . Saya amat menyukai dunia macro ni, diantara sebabnya dunia halus dan kecil akan menjadi dunia besar dan nampak jelas. Masa ni la kita akan berkata "wow", nice", "amazing", menakjubkan, uniknya", maha besar penciptaNya. Memang seronok menikmati keindahan dunia macro....sedikit ilmu untuk perkongsiaan...wslm

Canon EOS400D, Tamron 90.0mm Lens,Manual Focus, f1/200, ISO100

Kedua-dua foto ni saya ambek ketika outing ke Hot Spring, Poring Ranau. Selain memberi fokus kepada keseluruhan badan subjek, saya gemar melihat keunikan pada mata subjek, nice n cute. Berikut adalah link berguna untuk tatapan bersama bagi mereka yang berkecimpung dalam seni photography macro http://orionmystery.blogspot.com saya suka hasil karya beliau yang unik.