Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan

24 Jun 2011

Foto Inspirasi Rarindra Prakrasa

Foto Inspirasi kali ini juga berkaitan dengan fotografer yang merupakan idola saya, iaitu saudara Rarindra Prakasa dari negara Indonesia. Bagi saya beliau ini merupakan seorang fotografer yang unik, bijak dan bersifat sensetif terhadap penghasilan karyanya. Setiap foto yang dihasilkan bagi saya amat tidak merugikan dan menghampakan pada sesiapa sahaja yang melihatnya. Beliau bijak menyusun atur segala ramuan setiap fotonya. Saya amat kagum dengan pemikirannya, bagaimana begitu kreatifnya beliau mengisi setiap frame foto-fotonya dengan teliti dan kemas, sehinggakan foto itu kelihatan amat menghiburkan. Dari masa ke semasa saya kerap mengunjungi galeri foto-foto beliau untuk menimba serba sedikit ilmu darinya.

Berikut ialah beberapa hasil foto-foto beliau yang saya kagumi.

Foto 1 Good Morning Indonesia

Foto ini amat indah pada perkiraan saya. Point of interest(POI) terletak pada percikan air yang berkilau diterangi cahaya matahari. Bukan itu sahaja bagi saya faktor subjek juga turut memukau, kerana terdapat komunikasi menarik antara anak muda tersebut dengan kerbau.

Foto 2. Play at Paddy Field

Foto ini pula memang unik, saya tertarik bukan sahaja pada perilaku anak-anak sedang melintasi sawah padi, tetapi juga pada impak refleksi anak-anak tersebut, sungguh indah percampuran pelbagai unsur pada foto ini. Antara manusia dan alam sekitar


Foto 3. The Rider Mt Bromo

Foto ini pula saya amat gemar menikmati tone warna yang cantik dan menawan, di samping komposisi pelakon yang bersahaja. Memang menarik kombinasi antara si pemuda dan kudanya.

12 Jun 2011

Foto Inspirasi: Annie Leibovitz

Saya kagumi hasil-hasil karya Annie Leibovitz yang bermutu tinggi, kaya dengan unsur penceritaan dan watak karakter manusia. Bila memandang foto-foto beliau seolah-olah saya sedang membaca sebuah novel yang amat menarik isi kandungannya. Betapa hebat karya-karya yang dihasilkannya. Mari kita layan foto-foto yang dirakam oleh Annie Leibovitz ini.





25 Mei 2011

Foto Rock Climbing Tidur









Antara tugas dan hobi kedua-duanya mungkin menjadi keutamaan kepada para climbing ini. Lihatlah foto-foto ini bagaimana mereka hendak berehat dan tidur.

Kalau dikatakan tugas sememangnya tidur dengan cara sebegini akan memberikan pengalaman sebenar kepada mereka ini. Biar diri sendiri merasakan pengalaman sebegini. Manakala jikalau hobi pula, sememangnya minat ini menimbulkan kepuasan kepada para pendaki ini. Namun ada satu hal yang membuatkan saya kagum ialah fotografer yang merakam imej mereka ini. Nampaknya ini adalah satu siri atau teknik menakjubkan. Kita sudah biasa melihat rakaman imej dari dasar laut, dari atas langit atau pergunungan. Tetapi rakaman untuk para pendaki ini memang sesuatu di luar jangkaan sebenarnya. Unik, berani, menakjubkan dan punyai kelainannya. Jom kita layan foto-foto ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 Mei 2011

Mentor Fotografi

Untuk menjadi seorang fotografer yang handal saya fikir agak perlu banyak melihat, meneliti dan menikmati gambar-gambar dari kalangan fotografer yang memang sudah ternama dan berpengalaman. Dengan melihat gambar-gambar mereka ini akan membantu kita sebenarnya membentuk idea, mendapatkan ilham, dan mempelajari cara mereka berkerja. Saya memang suka melihat hasil karya fotografer-fotografer yang tidak kiralah dalam Malaysia mahupun dari luar. Apa yang penting ialah pengalaman mereka, bagaimana mereka menghasilkan foto-foto yang hebat dan mempersona. Oleh itu foto-foto di bawah adalah merupakan hasil karya di kalangan fotografer yang saya meinati. Sama-samalah kita amati foto mereka ini. Apakah motif, visi dan manifestasi dari foto ini.

Foto 1# Agah Permadi
Penilaian saya: Foto ini amat indah, cantik dan sempurna. POI dalam foto ini ialah pada aksi subjek menebar jala yang kembang, dengan iringan percikan air, kemudian view nampak smooth dengan keunikan rakit. 

Foto 2# Rarindra Prakrasa
Penialaian saya: Foto ini memang unik kerana kekuatan faktor background yang sempurna. Permainan cahaya juga turut menguatkan keunikan pada subjek. Saya amat gemar dengan teknik strobist ini.

Foto 3# Barbara Koskina
Penilaian saya: Foto ini nampak amat tenang, cantik dan menakjubkan. Alangkah asyiknya tempat ini dengan rakaman yang seolah-olah hidup.


Foto 4# Michael Anderson
Penilaian saya: Foto ini memang cool, nice and amazing. Pertama faktor background yang indah dengan keasyikan tone warna serta shadow yang mempersona. Selain itu keupayaan fotografer juga mampu bermain dengan aperture yang amat bagus sehingga mampu menyelitkan foreground star fish yang seolah-olah pintu masuk kepada alam imaginasi ini.

20 Mei 2011

Sudut Inspirasi Fotografer

Assalamulaikum dan Salam Hormat. Kali ini sengaja saya selitkan beberapa kata-kata hikmah dan perangsang dari kalangan otai-otai yang telah mencipta nama, jenama dan kejayaan dalam dunia fotografi. Mari kita baca, amati dan renung-renungkan ungkapan kata-kata mereka agar menjadi pencetus semangat buat diri kita dan mereka yang bergelar fotografer.

"Semua orang boleh beli kamera, tapi tak semua orang boleh jadi seorang photographer yang baik. Semua orang mampu menjadi seorang photographer, namum tak semua yang mampu hasilkan imej yang terbaik, imej yang ada sentuhan nilai seni 'sense of art'.- Yaman Ibrahim.

"Ilmu itu penting, sebab daripada ilmu, anda boleh pergi jauh dan arah tuju anda akan lebih fokus".-Yaman Ibrahim.

"Carilah jurulatih-jurulatih yang anda suka karya mereka dan juga boleh terbukti". -Saiful Nang

"Saya seorang pencerita visual, saya benar-benar percaya tentang kepentingan misi seorang jurufoto. Ia tentang membentangkan rekod visual masa kita.-Joe MCnally

Demikianlah sebahagian daripada kata-kata hikmat dari kalangan otai-otai yang saya kagumi tentang hasil karya mereka. Meskipun cuma sebaris kata namum membawa seribu makna atau lebih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 Mei 2011

Rahsia Menjadi Fotografer Yang Hebat

Joe MCnally


Assalamulaikum dan Salam Hormat rakan-rakan yang budiman, para geng-geng fotografer yang cool dan para peminat seni fotografi semua.Kali ini sengaja saya nak ingatkan diri saya dan rasanya nak juga berkongsi dengan rakan-rakan sekalian. Orang kata ilmu itu kalau disebar-sebarkan ianya akan semakin bertambah banyak. Fokus cerita kali ini ialah apakah rahsia untuk menjadi fotografer yang hebat.
Saya telah mencari info, membaca, memahami dan meneliti apakah rahsia kekuatan pada hasil karya Joe MCnally. Siapa yang tidak mengenali beliau yang merupakan antara 30 Most Influential Photographers of the decade. Dengan hasil-hasil karya beliau yang menjadi penghias buka depan Majalah National Geographic yang juga merupakan majalah bergambar terbaik di dunia.

Dasyat betul bunyinya bila terbaca tentang profail Joe MCnally ini, bukanya mudah mendapat status photograpers seperti yang beliau perolehi tersebut. Ianya memerlukan lebih banyak pengamatan, penelitian, kesungguhan, ketabahan dan minat yang mendalam. Demikian sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau untuk prasyarat menjadi fotografer yang hebat.

Rahsia beliau untuk menjadi seorang fotografer yang hebat ialah bermula dengan keupayaan untuk mengekalkan minat yang amat mendalam terhadap dunia fotografi. Pada beliau untuk menjadi yang terbaik perlu ada minat dan bukan setakat itu sahaja tetapi juga harus mengekalkan minat tersebut sehinggalah menjadi hebat. Jika anda hanya sekadar minat seketika atau bermusim serta terikut-ikut dengan kawan-kawan, itu bukanlah seorang fotografer yang hebat dan ini bukan tempatnya.
Seterusnya saranan beliau ialah dengan minat yang mendalam cuba kembangkan minat tersebut dengan rajin belajar dan mempraktikan pelbagai idea yang ada. Idea yang selalu diasah dengan kesungguhan pasti akan menghasilkan satu karya yang cukup hebat.

Usaha yang berterusan ini juga membolehkan anda untuk mencipta nama anda sendiri dengan mengikuti pelbagai peraduan, pertandingan, contest dan sebagainya. Dengan cara ini anda sebenarnya telah menguji diri anda sendiri, setakat mana keupayaan dan keberhasilan idea yang anda terjemahkan menerusi foto-foto anda. Jika foto anda terpilih sebagai pemenang ini merupakan petanda pintu kejayaan telah terbuka untuk anda. Dan ini merupakan jalan ke arah menjadi seorang fotografer yang hebat nanti.

Kesimpulannya menurut beliau jika anda sudahpun menterjemahkan kesemua ramuan seperti yang disebutkan sebelum ini. Anda sebenarnya sudah berada dalam kelompok yang dinamakan 'keunggulan visual'. Jadi apa yang perlu anda lakukan diperingkat awal ialah tanamkan rasa minat anda secara mendalam, jangan bersikap acuh tak acuh hanya hangat seketika sahaja...seni adalah subjektif di mata hati kita'......

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

18 Mac 2011

Bernardo Medina

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera para kaum photorapher, harapan semuanya succes dengan tugasan harian. Bercerita berkenaan dengan fotografi ini sememangnya amat luas dan tidak terbatas ruang lingkupnya, dan begitu jugalah dalam mencari formula dan idea untuk kita mantapkan lagi seni dalam foto yang kita hasilkan. Orang kata kalau asyik makan benda yang sama setiap hari, jadi bosan juga jadinya. Justeru kita inginkan menu yang berlainan setiap hari, walaupun tidak jauh berbeza dengan menu yang kerap kita pilih. Dalam dunia fotografi juga saya fikir kita perlu selalu upgrade dan cari kelainan dalam setiap hasil foto kita, supaya terlihatlah perbezaan, peningkatan dan keunikan pada foto kita. Untuk itu saya juga merupakan pengkagum kepada Bernardo Medina yang berjaya menghasilkan foto-foto yang amat menarik, sehinggakan memenangi pelbagai peraduan atau contest. Mari kita nikmati hasil karya beliau ini.


Won the category of travel through- Smithsonian Photocontest

Travel Winner
 







 
 

Kukubesi Manipulasi

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Kesibukan dengan aktiviti harian membuatkan saya terkejar-kejar untuk membuat entri terbaru menerusi blog pertamaa saya ini. Kehadiran blog kedua saya yang baru di lancarkan pada seawal bulan febuari membuatkan saya bertambah sibuk. Tapi itu semua tidak mengapa, yang penting ada rasa minat yang mendalam sebagai blogger yang dapat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk dikongsikan. Untuk kali ini saya teringin membuat entri kedua pasal aliran kukubesi ini, yang mana sebelum ini saya telahpun membuat huraian sedikit tentang fotografer yang sedang mencipta nama di persada antarabangsa ini. Bagi sesiapa yang sudah mengenali beliau tidaklah sukar sangat untuk mengenalinya, tetapi bagi yang baru mengetahui nama beliau, silakanlah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa yang sedang panas diperkatakan di sana sini.





Peranan Kukubesi menerusi filem HMM ini amatlah penuh bermakna. Ini adalah sebagai tanda penghormatan yang tinggi kepada beliau oleh pihak KRU Studio untuk membuat cover filem HMM. Terus terang saya katakan apabila melihat kepada cover filem HMM pada awalnya, saya amat tertarik, sungguh menakjubkan, bagaimana foto sebegitu cantik di hasilkan. Dan soalan penting yang bermain-main di kepala ini, siapakah photographer yang sebegitu hebat menghasilkan cover foto HMM ini. Setahu saya penghasilan foto-foto yang empunya aliran seperti ini, datangnya dari negara seberang iaitu Indonesi seperti saudara Rarindra Prakrasa ataupun photographer sehebat Dave Hill.


Dato' Rahim Razali sebagai Taji

 Namum segala sangkaan saya telah meleset, apabila saya membuat research di internet, saya amat terkejut. Cover HMM yang saya kagumi sebelum ini, rupa-rupanya di hasilkan oleh saudara Kukubesi yang saya kagumi selama ini. Tahniah saudara sememangnya cover filem HMM yang dihasilkan itu amat indah dan menarik sekali. Bagi mereka yang belum menyaksikan filem ini di pawagam, silakanlah menonton, anda pasti akan rasa kelainan dalam penghasilan filem melayu lain dari yang lain. Saya sudah menyaksikannya dan anda bagaimana pula....Nantikan kupasan seterusnya mengenai foto HMM siri akan datang.

Aksi Merong Mahawangsa


10 Mac 2011

Best Photo From National Geographic

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian, apa khabar semua diharapkan hebat-hebat belaka. Siapa yang tidak kenal dengan rancangan TV NATIONAL GEOGRAPHIC yang memaparkan kisah pelbagai dimensi, susungalur dan keunikan tentang sesuatu yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini. Kali ini sengaja saya memaparkan beberapa koleksi terbaik dari NG sebagai perangsang minda dan idea kita bersama. Sebagai photographer kita harus rajin mencari idea untuk mencipta kelainan dan kepelbagaian dalam penghasilan koleksi foto-foto kita. Mari kita layan koleksi foto terbaik dari NG ini.

Foto 1 Serra da Leba, Angola, Photograph by Kostadin Luchansky

This is Serra da Leba, a landmark in Angola. It has been one of the country's postcard images for decades, but all shots were taken by day. I needed something different. I decided to try a night shot, but it seemed impossible: pitch black, foggy, an altitude of 1,800 meters (5,000 feet). My Nikon can stay open as long as 60 seconds max. But a car takes a few minutes to climb and descend and complete the "drawing." The fog was blocking! Suddenly the fog cleared, a car went down, another went up, and they met in the middle in under 60 seconds. Painting done.

Foto 2 Lightning, Cape Town Photograph by Warren Tyrer

Two separate lightning bolts converge over Table Mountain in Cape Town, South Africa, with an amazing display of natural electricity.

Foto 3 Bottlenose Dolphins in Surf,  Photograph by Andrew Wong

Dolphins are known to jump out the back of big waves as they break against the shores. This pod of bottlenose dolphins was leisurely surfing in the waves as the offshore wind blew against the incoming waves, creating an atmosphere that was most unique and magical. At a place called Waterfall Bluff in the Transkei, South Africa.

Foto 4  Lightning, Superstition Mountains, Photograph by Robert Quinn

A thunderstorm strikes over the foothills of the Superstition Mountains in central Arizona.


Foto 5 Chicago City Lights, Photograph by Jim Richardson

Chicago at night burns bright under blankets of clouds. Much of the glow escapes from streetlamps, including clear, Victorian-style lamps good for creating atmosphere but poor for harnessing today's extra-bright bulbs.

Foto 6 Snoqualmie Falls, Washington, Snoqualmie Falls, Washington

Sunrise filtering through the rising mist at the base of the falls. A perfect moment. Snoqualmie Falls, Washington, 30 miles east of Seattle

Foto 7 Swan on the River Avon, Photograph by Jason Wickens

Captured one morning along the River Avon, this beautiful swan was cleaning itself before stretching its wings in a classic pose. The early morning sun rays add to the surreal image as they burn away the river mist.