Memaparkan catatan dengan label Favourite PhotoShot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Favourite PhotoShot. Papar semua catatan

06 Jun 2011

Sharif Putra & Lensa

Sepanjang karier bergiat secara perlahan-lahan, meredah  dan merakam pelbagai fenomena alam, membuatkan saya rasa betapa kagumnya kepada penciptaNYA yang maha agung, menciptakan santapan mata pada diri kita, betapa indahnya panorama kita. Meskipun kebanyakan foto-foto saya ini adalah hasil rakaman panorama yang tidak seberapa, namum saya tetap berpuas hati dan bersyukur kerana berpeluang merakam aksi tak terkata ini.

Foto 1#  Exif Info Canon PowerShot G7, 1/5 sec, f/6.3, ISO100

Suasana pagi yang tenang dan damai, seronok benar rakaman imej ketika ini. Semestinya saya banyak membuat rakaman dari pelbagai komposisi, namun memadai berkongsi hanya sekadar foto ini. Untuk memperolehi rakaman seperti ini saya terpaksa pergi ke lapangan lebih awal jam 5.30 pagi, dengan tujuan saya dapat membuat penyesuaian komposisi dan menguruskan persiapan kamera dan sebagainya.

Foto 2# Exif Info Canon PowerShot G7, 1/40 sec, f/8.0, ISO 100

Masa rakaman panorama ini ialah sekitar jam 3 petang. Tempat dan lokasi rakaman ini ialah di salah satu tempat kepulauan yang jauh nun di Pulau Jambongan, Sandakan. Rasa beruntung bila dapat merakam saat bersama dengan anak-anak muda ini.

Foto 3# Exif Info Canon PowerShot G7, 1/1600 Sec, f/4.5, ISO100

Foto ini pula meskipun nampak senget sedikit pada sudut pandang permukaan air laut namum agak istimewa pada saya. Tidak mengapa hanya sekadar percubaan untuk mempelajari sesuatu dalam berkarya.

Foto 4# Canon PowerShot G7, 1/200 sec, f/4.0, ISO100

Panorama ini saya rakamkan agak banyak juga sehingga 20 ketip dan pelbagai teknik serta komposisi cuba saya praktikan untuk merakamkan panorama sunset ini. Dan foto ini hanyalah sebahagian dari rakaman tersebut. Tentang rakaman ini saya menggunakan tripod dan terpaksa diletakan dalam air masin, selain itu untuk mengelakan sebarang gegaran saya menggunakan remote control dan tidak memakai apa-apa filter, cuma membuat sedikit setting pada kamera.



01 April 2011

Favourite PhotoShot

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Buat ke sekian kalinya bertemu lagi dalam ruangan maya tidak bernyawa ini. Namum hajat dan ispirasi kita mungkin adalah sama. Maksud saya photographer yang empunya kreativiti dan cerita serupa dengan saya. Penghasilan karya berfoto kali ini yang membawakan tajuk Favourite PhotoShot iaitu beberapa siri kembara foto yang telah saya lalui sehinggalah ke destinasi kepulauan di Sabah. Banyak lagi sebenarnya destinasi cool dan menawan khususnya di Sabah belum saya terokai. Antaranya misi yang belum terjawab ialah pulau Sipadan, Ligitan dan Mabul. Insyallah disuatu masa kelak akan saya tawan destinasi bertaraf dunia ini. Mari kita layan sejenak hasil karya yang tidak sepertinya ini. 

Photo 1# Exif Info Exposure 5 sec, at f/4.5, ISO 100 Camera EOS DSLR 400D.
Camouflage : This photo was created with the idea of spontaneous.Still have aesthetic value for me. Elements of interest lies in the shadow of the subject.


Photo 2# Exif Info Exposure 1/100 sec, at f/2.8, ISO 100 Camera DSRL 400D with Tamron 90mm.
Grasshopper : To take photos of subject is a bit tedious. I have to be patient, calm, tired and the result is quite good.