Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan

15 Oktober 2010

PTK Dimansuh Wang Bantuan RM500 diberi...

 
Info terkini Penilaian Tahap Kecekapan(PTK) dimansuhkan serta merta. Hal ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak ketika membentangkan sesi Bajet 2011 sebentar tadi. Walau bagaimanapun PTK akan digantikan dengan satu keadah yang baru mulai sesi jun 2011 nanti. Sehubungan itu juga Perdana Menteri mengumumkan tentang pemberian wang bantuan sejumlah RM500 kepada seluruh pejawat awam pada bulan disimber ini.

22 September 2010

CMnet bakal gantikan Facebook & Twitter

Fenomena baru dalam sistem rangkaian sosial yang semakin popular masa kini ialah CMnet yang semakin mendapat perhatian ramai dari seluruh masyarakat islam. Sejak dilancarkan pada 6 ogos yang lalu sambutan dari dunia islam amat menggalakan. Laman web sosial itu telah diasaskan oleh saudara Dolla Indra, Indonesia. Semenjak dilancarkan baru-baru ini CMnet telah mendapat kunjungan seramai 5,894,954 dalam tempoh seminggu dilancarkan. Manakala jumlah ahli yang telah mendaftar setakat ini ialah seramai 3,700 dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat,Mesir, Malaysia, Hong Kong, dan Eropah. Sebagai makluman laman web ini bolehlah dikunjungi menerusi www.cybermoslem.net

18 September 2010

M.Rajoli

Pelakon veteran M. Rajoli meninggal dunia
17/09/2010 11:44pm

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.
Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.
‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.
“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.
- UTUSAN

12 September 2010

Sosilawati

Polis sahkan Sosilawati, tiga lagi mati dibunuh dan mayat dibakar




BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, hari ini. Tiga lagi individu ialah pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. - Bernama


Pemandu Bas Mini Yang Samseng

Pada tanggal 12 Sept, ketika perjalanan saya bersama ahli keluarga menuju ke bandar Sandakan untuk beraya di rumah kakak ipar terdapat satu insiden yang cemas, pada mulanya perjalanan kami agak seronok dan boleh dikatakan pada ketika itu saya hanya memandu dalam kelajuan sekitar 80 hingga 90 KM. Perjalanan kami bermula dari rumah ibu mertua saya di Lahad Datu dan berhajat ke rumah kakak ipar di Sandakan. Sebaik sahaja melalui simpang 3 KK-Sandakan-Lahad Datu atau lebih dikenali sebagai Batu 32 oleh kebanyakan orang yang melaluinya, secara perlahan-lahan saya memandu dengan penuh perhatian agar tidak berlaku apa-apa insiden yang disebabkan oleh kecuaian diri. Namum semua itu hampir-hampir menjadi satu peristiwa buruk apabila sebuah Bas Mini datang meluruh dengan ringkasnya memotong secara membuta tuli atau dalam bahasa kasarnya membabi buta memotong kenderaan kami, sehinggakan kami terpaksa beralih ke bahu jalan. Situasi ini siapa pun akan jadi marah, Walhal peraturan memotong kenderaan dihadapan semestinya sudah menjadi asam garam pemandu kenderaan tersebut. Apatah lagi seorang pemandu yang membawa Bas Mini yang memiliki lesen perkhdimatan awam. Saya fikir pemandu tersebut mungkin tidak mempunyai lesen memandu yang sah, tidak mempunyai lesen memandu langsung, atau pemandu tersebut sememangnya "Banggang". Kalau nak memotong kenderaan dihadapan fikirlah dulu sebelum berbuat demikian, jangan buat dulu baru fikir itu "pemandu bodoh" namanya. Kalau sudah kenderaan berbaris panjang dan bergerak perlahan-lahan banyaklah bersabar wahai saudara, janganlah pentingkan diri sangat, tolonglah hormati pengguna jalanraya yang lain. Sikap seperti inilah saya fikir faktor penyumbang kepada kemalangan seperti yang dilaporkan menerusi ops sikap. Berikut ialah diantara gambar-gambar Bas Mini Samseng" yang sempat isteri saya ambil. Siapa yang mengenali pemilik dan pemandu bas ini tolonglah nasihatkan agar beliau berhati-hati dimasa akan datang, tolong jangan menyusahkan orang lain lagi.



10 September 2010

07 September 2010

Buang Bayi

Nilai agama dan moral masyarakat semakin terhakis, misalannya kes buang bayi sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi di negara kita. Kejadian ini sangat menguris hati dan perasaan kita. Bulan ramadhan kali ini telah dicemari oleh insiden memalukan ini. Sebagai pedoman bersama, marilah kita menginsafi salah satu perbuatan terkutuk ini, Semoga kita dijauhkan dari bala oleh Allah s.w.t.

Tergamak seorang ibu dan ayah berbuat sebegini...


Sedangkan binatang sayangkan anaknya, inikan pula manusia


Apabila hawa nafsu menguasai akal fikiran beginilah hasilnya


Taubatlah wahai insan yang bertindak sebegini


Sepatutnya bukan di sini tempatmu sayang..kejam


Sedih apabila mengenangkan nasib bayi ini




05 September 2010

Earthquake South Of Island (Gempa Bumi ), New Zealand,s

3 September 2010
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0-sr telah menggegarkan New Zealand,s South Island pada waktu pagi kelmarin waktu tempatan (Jumaat). Kejadian tersebut telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda, jalanraya, bangunan dan setakat ini dilaporkan hanya dua orang mangsa dalam keadaan cedera. Dari sumber yang diterima juga keadaan pelajar Malaysia yang berada di kepulauan tersebut dalam keadaan selamat.

Foto Graham Maclean


 






01 September 2010

Alain Robert panjat bangunan di Sydney pula

Kali ini giliran Sydney pula. Alain Robert telah berjaya memanjat salah satu bangunan pencakar langit di Sydney iaitu setinggi 55 tingkat. Walau bagaimanapun beliau telah ditangkap pihak polis Australia dan kemungkinan akan dikenakan denda tidak lebih dari RM2000

Koleksi gambar Alain Robert (Spiderman)

Merdeka..merdeka..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53

29 Ogos 2010

Rekod Mengimbang Bendera 30 Jam



Cubaan mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Record oleh Harthono Isnathomo yang juga merupakan seorang guru dari SK Tanjung Papat 2 Sandakan akhirnya berjaya. Rekod selama 30 jam akhirnya berjaya dicapai oleh beliau. Cubaan beliau untuk mencipta rekod tersebut bertempat di perkarangan Kompleks Karamunsing kelmarin 28 Ogos. Antara tujuan beliau berbuat demikian iaitu dengan mengimbang bendera selama 30 jam tanpa henti ialah untuk menyemarakan lagi semangat nasionalisme masyarakat khususnya golongan belia. Syabas dan tahniah diucapkan, salam merdeka.

Celeberities

Celeberities Without Makeup

Sendiri mau ingatlah...

Facelift Proton Waja 2010

Facelift WAJA Lancer 2010






Jikalau inilah sebenarnya rupabentuk Waja 2010, memang dasyatlah dan sudah pastilah ramai kaki-kaki modified akan menggunapakai model ini untuk diubahsuai. Dari info yang diperolehi kuasa enjin model ini ialah 1.8i berbanding 2.0i dari model asal Lancer 2.0i.

27 Ogos 2010

Fakta Sejarah

Y.A.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Perdana Menteri Malaysia Pertama
1957-1970
"Bapa Kemerdekaan"

Fakta Sejarah Kemerdekaan

Pengistiharan Kemerdekaan 31 Ogos 1957

Pada malam 31 Ogos 1957, bertempat di Padang Kelab Selangor, orang ramai datng dan berkumpul beramai-ramai untuk menantikan detik 12.00 tengah malam. Detik 12.00 tengah malam tersebut adalah detik yang dinanti-nantikan oleh seluruh rayat Tanah Melayu. Detik tersebut adalah merupakan detik yang amat bersejarah kepada Tanah Melayu iaitu menandakan berakhirnya penjajahan di negara kita.

Sebelum pengistiharan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 dibuat, tepat pada pukul 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, upacara penurunan Bendera Union Jack telah diadakan di Padang Kelab Selangor. Pada saat bendera Union Jack diturunkan suasana ketika itu sunyi sepi. Kemudian sejurus selepas itu bendera Persekutuan Tabah Melayu telah dinaikan. Sesungguhnya peristiwa bersejarah tersebut telah disaksikan oleh seluruh rakyat Tanah Melayu pada ketika itu. Dan dengan ini semangat patriotik mereka amat tinggi disamping berasa bangga dengan pengistiharan kemerdekaan tersebut.

23 Ogos 2010

Gempa 4.0 Richter di Lahad Datu, Sabah

Gempa 4.0 Richter di Lahad Datu, Sabah

Ogos 22, 10 9:31am

Satu gempa bumi lemah berskala 4.0 Richter telah berlaku di 19 km dari utara Lahad Datu, Sabah, pada pukul 3.43 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Keadaan tersebut boleh menyebabkan kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Lahad Datu, menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini. Jabatan itu sedang memantau perkembangan tersebut, kata kenyataan berkenaan.

- Bernama