11 November 2010

Pelancaran Proton Inspira

Baru semalam mesin baru Proton ini dilancarkan dengan namanya Proton Inspira..nampaknya memang betul jugalah ramalan dan spekulasi sebelum ini yang mempamerkan gambar-gambar mesin ini. Bagi para peminat kereta yang menantikan kehadiran mesin baru ini, rasanya lega apabila penjelmaan mesin ini benar-benar di depan mata kini. Pada pendapat saya model ini pasti akan laris di pasaran kelak. Apa taknya, model ini adalah jelmaan dari gergasi Mitsubsihi. Siapa yang tak tahu tentang keganasan dan kemasyhuraan jentera-jentera Mistsubsihi. Lepas ni boleh lah buat test drive..

Pandangan Depan

Model Lancer
Seiras juga dengan Toyota Camry


Hanya tinggal install spoiler sport
Wow nak modified jadi asal macam ni la..


Ruangan dalaman yang menawan..Syabas dan tahniah Proton

Dashboard Lancer boleh tahan...


*Sebagai perkongsiaan idea dan fikiran sedara dan sedari sekalian bolehlah tinggalkan komen untuk menghangatkan lagi kemunculan Proton Inspira




07 November 2010

Awesome Silhouette

Dari tajuk memang menggerunkan, bukan senang mendapat title semacam itu. Tetapi menerusi ekspresi  hasil karya saya kali ini, "Awesome Silhouette" bukanlah merujuk kepada foto saya ini. Saya sekadar pengkagum ciptaan-Nya dan menumpang dari keindahan yang diberikannya. Dari itu sukalah kiranya saya berkongsi karya yang tak seberapa ini dengan para follow blog saya yang power2 orangnya.

Lokasi: Bukit Tamisan-Kota Marudu

Lokasi: Bukit Tamisan-Kota Marudu

XPDC Tigabu Island-Kudat

Lokasi Jambongan Island-Inside Coconut



06 November 2010

Bayu D Puncak

Keterujaan pada keunikan dan keindahan Mt Kinabalu membuatkan saya terpanggil untuk berkunjung ke lokasi ini. Memang asyik melayan, merenung, termenung dan menikmati kecantikannya sehinggakan saya berani berkata demikian. Pendek cerita silalah berkunjung sendiri dan memotretkan sekali lagi "Bayu D Puncak".

GPS Lokasi Shooting Nabalu Lodge-Kundasang

GPS Lokasi Shooting Sabah Tea-Ranau

Kasih Si Ibu...


Terasa seronok tingkah si ibu dan si comelnya..si ibu tetap bersabar dan tenang melayan krenah si kecik. Demikian jugalah dalam hidup kita yang selalu disinari kasih sayang dari ibu dan ayah...sekadar berkongsi nasihat dari percikan flash me & mycamera...


03 November 2010

Testmonial Canon 60D with Lens Tamron 90mm

Salam sejahtera khasnya untuk para follower blog saya. Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjadi rakan dan sahabat blogger. Saya amat teruja bila melawat dan meneliti setiap kandungan, cerita, dan pandangan di setiap blog rakan-rakan sekalian. Terasa kecil rasanya bila saya bandingan dengan blog sedara dan sedari sekalian. Kembali kepada tread utama iaitu Testmonial Canon 60D with Lens Tamron 90mm. Ni kira sesi percubaan la saya sedang buat masa ni..ampun maaf kalau hasil fotonya kurang memuaskan, saya pasti lama kelamaan perubahan akan berlaku dari segi pengendaliaan 60D ini bersama corong lensa 90mm. Saya fikir jika menggunakan kekuatan lengan semata-mata untuk memberi fokus pada subjek kurang enak la. Gegaran pasti akan berlaku dan semestinya hilang titik fokus pada subjek. Jadi cadangan penyelesaiannya ialah menggunakan Tripod atau mungkin lebih mudah menggunakan Monopod. Pastinya foto akan lebih sharp, clear n mengancam.


Tetapi menggunakan tripod atau monopod sedikit kesulitan akan dihadapi. Mungkin subjek akan berasa cemas, takut, terancam dan pastinya akan cabut. Jadi terpulanglah kepada diri sendiri sama ada selesa menggunakan bahan bantuan seperti tripod atau hanya bersandarkan kekuatan lengan. Sedikit pengalaman saya nak kongsikan, setelah menceburi dunia fotografi ni, saya rajin buat senaman ringgan sekali atau dua kali dalam seminggu. Apa dia tu?...saya akan buat latihan tekan tubi dan bangkit tubi. Tujuannya ialah untuk mengguatkan otot di bahagian lengan, siku, bahu dan lutut. Apabila otot-otot yang disebutkan tadi kukuh dan punyai stamina ini akan membuatkan saya rasa selesa membawa, mengangkat dan membedik button kamera tanpa gegaran. Masa ni gambar akan kelihatan sharp dan kurang nose. Rasanya banyak lagi tips yang lagi hebat-hebat dari sedara-sedara sekalian, justeru sudilah kiranya berkongsi dengan saya.

Sebarang komen, teguran dan saranan amatlah saya alu-alukan demi memperbaiki skill dan kualiti foto saya. Maaf sekiranya ada info yang kurang tepat dan jelas. 

Info: Lokasi outing Jambongan Island Forest

02 November 2010

Terjah...1 Borneo Wildlife

Sesi menerjah ke 1 Borneo Wildlife semestinya menyeronokan. Tidak perlu lagi pergi masuk jauh nun kedalam hutan belantara, tetapi hanya membayar sekitar RM5-RM10 sudah dapat menyaksikan pelbagai spesis haiwan. Kali ini saya cuma sempat selitkan beberapa foto haiwan yang saya anggap comel dan boleh menjadi santapan mata kawan-kawan sekalian...Untuk mengambil foto subjek ini saya menggunakan kebolehan Lens Tamron 90mm dengan gandingan Canon 400D