Memaparkan catatan dengan label Tourism. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tourism. Papar semua catatan

05 Januari 2020

Langanan Waterfall,Ranau-Sabah


Footage Langanan Waterfall, Hot Spring,Ranau. Yang kuat hiking dan suka menggambar sambil mambuat footage, tempat ini bagus untuk anda. Tapi mau tau juga dia punya stok pacat, boleh tahan

Menarik Di Kudat


Apa yang menarik di Kudat-Sabah. Wow...mesti ramai mau tahu apa yang menarik di Kudat ini. Ada pantai ka, ada sungai ka, ada pulau ka. Semua itu mesti menjadi bualan dan misi pertanyaan dengan uncle google. 

Pantai Kelambu adalah satu kawasan pulau kecil. Yang uniknya pulau ini mempunyai dua pantai dan dua lautan terbentang luas. Iaitu laut China Selatan dan Laut Sulu. Pantainya pun memang cantik dan bersih. Boleh mandi laut, boleh berenang dan menyelam sekali sambil memerhatikan keunikan batu karang dan spesies ikan.


Jarak dan masa perjalanan dari pusat bandaraya Kota Kinabalu. 187km dan memakan masa kira-kira 3 jam 6 minit dan paling senang aktifkan saja Pakcik Waze atau Makcik GM supaya tidak sesat.


Bayaran masuk, setakat ini masih percuma, cuma kalau masuk tempat berbayar, silakan bayar contohnya penggunaan tandas. Restoran atau gerai makan, masih belum ada dan perlulah bawa sendiri makanan dan minuman.


Bersebelahan dengan Pantai Kelambu terdapat satu resort mewah iaitu Riviera Resort. Anda boleh menginap dan berseronok di tempat itu. Tapi harga penginapan di resort tersebut boleh tahan, boleh koyak poket.


16 Oktober 2010

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary



Outing ke Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary memang agak menyeronokan, memuaskan dan mengasyikan. Sudah lama kiranya ku pendam-pendam untuk mempotretkan sendiri sedara kita di sana. Selama ini asyik tengok foto orang lain, termasuklah yang ada dimuka depan postcard, calender dan penanda buku. Namum pada outing kali ini barulah saya berasa seronok kerana saya sendiri akan mempotretkan si Orang Belanda' atau dalam bahasa sukarnya "Proboscis Monkey" ke dalam pelbagai versi.


Perjalanan ke tempat ini memakan masa selama hampir 6 jam jikalau destinasi bermula dari Kota Kinabalu, Tetapi jikalau bermula dari Sandakan hanya kira-kira 30-40 minit. Jalanraya ke tempat ini juga boleh dikatakan baik. Tiket masuk untuk local ialah RM15 dan RM10 untuk mereka yang membawa kamera atau video cam.



Penerokaan pertama saya semestinya ke Platform A. Seperti yang kita tengok sendiri pada time table tersebut kita kena berada awal sebelum jam 9. Hal ini kerana dikhuatiri akan ketinggalan pelbagai aksi yang jarang kelihatan iaitu sesi pemberian makanan. Boleh dikatakan agak ramai juga kaum-kaum fotographer ketika itu, ada pelbagai mimik muka, ada yang bermata biru, coklat, sepet dan bulat ja ha..ha..maaf melalut..Tapi itu tak menjadi masalah bagi saya..ringkasnya aku tak peduli, yang penting saya dapat merakamkan setiap aksi si kacak tu.



Foto ini menarik bagi saya kerana ketika itu pelbagai aksi berlaku, antaranya perebutan makanan dan persaingan sesama spesis ini untuk mendapatkan makanan oleh si tuannya. Tapi yang selalu menangnya ialah si dominan la, ataupun ketua dalam kumpulan dominan ini, yang lain pandai juga ambek curi-curi, lucu juga menyaksikan kenakalan spesis ini. Berikut ialah beberapa koleksi yang sempat saya ambek untuk tatapan dan perkongsiaan bersama sadara mara follow blog saya, rakan-rakan FB,Multyplay,Flickr,Group Photographer saya Mr Nuarji-Kota Marudu(Nikon D300), Bro Sharif Asri-Tenom(Canon 1000D), Tyco Yusril-Sarawak(Canon 40D).


Silverred Leaf Monkey

Proboscis Monkey

Leader Proboscis Monkey

Silverred Leaf Monkey


Demikianlah beberapa hasil yang tak seberapa ketika sesi outing saya ke Labuk Bay-Sandakan yang lepas. Seperti biasa saya amat mengalu-alukan sebarang teguran membina supaya dapat diri ini memperbaikinya pada sesi akan datang...Untuk info bagi mereka yang berminat berkunjung ke tempat ini boleh meninjau-ninjau catatan ini. Link www.proboscis.cc

Phone:(6) 089 672177,674880
Mobile:019 8534098
Fax:(6) 089 672136
Email:labukbay@proboscis.cc



29 September 2010

On Dec Outing Semporna-Sabah

Celebes Sea

Semporna

Teringat detik manis 1998-1999 apabila berkunjung ke daerah yang amat terkenal dengan keindahan pulau, batu karang, hidupan laut, makanan laut dan banyak lagi cerita menarik ketika itu. Terasa amat rindu sangat hendak kembali ke daerah nostalgia tersebut. Menyaksikan keindahan dan keunikan alam flora dan faunanya siapa yang tidak taksub. Pertama kali menjejakan kaki ke daerah ini pada tahun 1998 memang banyak kelainannya dan yang lebih indah itu disinilah bermulanya satu memori yang tidak akan terpadam buat selamanya, tetapi hanya aku sahaja yang tahu tentang hal itu. Oklah insyallah pada bulan december 2010 ini group fotographer saya akan berkunjung ke Semporna, menjejaki semula nostalgia manis, dan semestinya mengabadikan segenap keindahan di daerah ini, terutamanya landscape....tak sabar rasanya menanti detik tersebut. Untuk group fotographer saya mulailah mengosok-gosok, mengasah-asah, membedik-bedik dan saya tahu korang semua memang taksub hendak pergi outing kali ni. Bagi anda yang berminat hendak join outing ,group saya tidak akan keberatan untuk menjemput saudara dan saudari. Jomlah sertai kami. Untuk keterangan lanjut tentang outing ini bolehlah menghubungi saya Sharif Putra 019 8094775, email putrasharif@gmail atau geng karas saya Mr Nuarji Sawatan 013 8889534. Ok sayonara

28 September 2010

Sabah Places Interest

Sabah Index To Places Of Interest
Baturong Caves
Batu Punggul Resort
Croker Range National Park
Danum Valley Conservation Area
Gomantong Caves
Kinabalu Park
Klias Wetlands
Kiulu
Kundasang War Memorial
Kota Belud
Long Pa Sia
Madai Caves
Mengkabong Water Village
Muruk Miau
Mt. Trus Madi
Padas River
Poring Hot Spring & Waterfalls
Pulau Berhala
Pulau Kapalai
Pulau Layang-layang
Pulau Mabul
Pulau Mantanani
Pulau Sipadan
Pulau Tiga Park
Rafflesia Forest Reserve
Rungus Long House
Sepilok Orang Utan Sanctuary
Semporna Islands Park
Sukau
Tabin Wildlife Reserve
Tamparuli Suspension Bridge
Tawau Hill Park
Tenom Orchid Centre
Tenom Agricultural Research Centre
Tuaran Tamu
Tunku Abd Rahman Park
Turtle Island Park

Kota Kinabalu Sabah


Places of Intrest  Kota Kinabalu Sabah
·         Art Gallery
·         Atkinson Tower
·         Central Market
·         Dewan KDCA
·         Filipino Market
·         Gaya Walk
·         Istana(Palace)
·         Kinabalu Yacht Club
·         KK City Bird Sanctuary
·         Likas Sports Complex
·         Night Market
·         Price Philip Park
·         Puh Toh Si Chines Temple
·         Pulau Gaya
·         Railway Station
·         Sabah Air Aerial Tour
·         Sabah Golf & Country Club
·         Sabah Tourism Promotion
·         Sceince and Technology Centre
·         Sedco Complex
·         Signal Hill Observatory/ Bukit bendera

State Mosque
·         State Museum
·         Sundy Market

 Sutera Harbour
Tanjung Aru Beach
·         Tun Fuad Stephens Park
·         Water Esplanande
·         Wong Kok Go-Kart